Raya bersama Kak Kiah

>> 03 September, 2011


Makcik berangan nak buat umah makcik macam dalam gambar kat atas ni.
Makcik suka sangat kaler merah. 
Bila merah dengan putih digabungkan, ia adalah sangat menarik. (Taste makcik la)
Jadi makcik mengambil inisiatif untuk membeli setin cat putih 5 liter untuk menggantikan dinding gold makcik yang dah bercapuk-capuk tu.

Hasilnya.
Dinding gold bercapuk itu berjaya dipadamkan dengan cat putih tersebut.
Abah bebudak pompuan lak berinisiatif nak beli sofa merah kat kedai kak kiah menggantikan sofa lama yang dah tenggelam bila diduduk dek orang. 


Beza sangat la dari gambar di atas kan? Gambar yang ni perabot 3 ketul jer. Muehehe. 
Semua yang dalam gambar adalah dari kedai Kak Kiah kecuali kipas dengan bantal kecik.
Kalau kipas ada jual kat kedai Kak Kiah, kompem makcik beli jugak. 


Ni lagi satu sudut yang kebanyakannya barangan daripada kedai Kak Kiah. 
(Yang murah sajok, makcik tak beli barang mahal kat kedai Kak Kiah.)
Kecuali frame ayat Quran tu dibeli di kedai frame di Chow Kit.

Dinding kuning sebelah kiri tu feature wall konon-konon.
(Padahal cat putih 5 liter tak cukup nak cat satu rumah.)

Oh jangan lupa.
Sila carik juga menda tersembunyi dalam gambar ini.


Ini lagi satu sudut yang menggunakan perabot kedai Kak Kiah. 
Sila abaikan tv yang tak up-to-date itu. 
Takde bajet lagi nak beli tv baru, lagipun tv tu elok lagi.
Tunggu la tahun depan makcik beli tv LCD 58" (Ada ke?)
Langsir tu langsir recycle bilik jahit makcik. 
Makcik takde bajet nak beli langsir baru.
Hmmm.
Kenapa babychair tu ada kat bahagian tempat tengok tv ek?


Bagaimanapun, apalah ertinya makcik mengemas rumah dengan barangan kedai Kak Kiah ini jika 2 orang manusia di dalam rumah ini mengalami chicken pox? 
Takpelah. Makcik syok sendiri je raya sorang-sorang dalam rumah.
Makcik tak kisah. Lalalala.

Eh eh.
Setelah sekian lama.
Baru makcik boleh gariskan text "sofa baru warna MERAH" dalam wishlist makcik tu.
Hehe.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

2 komentar:

Lizamurni Lokman 8:05 AM  

cunnyer rumah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! mmg taste k liza jugak ya makcik nih...hehe

jellynajal 12:50 PM  

kak liza, kita kan sama taste! :D espeseli tang kaler merah tu. ihihi.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP