Tak papai

>> 30 October, 2011

Oke oke.
Asik citer pasal Syasya jer.
Skang ai citer pasal Muya lak.

Satu hari di dalam rumah.
Muya: Mama! Mama! Ola! Tak papai!
Mama: Apa dia?
Muya: Ola! Tak papai! (Sambil tunjuk kat bawah tepi sofa.)
Mama: Oooo bolaaa. Tak sampai.. (Ingatkan Muya pandai cakap Spanish. Hehe.)

Selain daripada itu.
Berikut merupakan beberapa jenis vocab Muya yang perlu difahami jika bercakap dengan dirinya:
  1. Tatou = Susu
  2. Anda = Panda (Kungfu panda)
  3. Lalala = Smurf ataupun Elmo
  4. Ntik = Biskut ataupun Sakit
  5. Apaa = Lapar
  6. Cik = Nasik
  7. Ayi = Lagi
  8. A-e-ya = Air

Motif akak letak gambar baywatch anak-anak?

Ah sekati aku la, ini blog aku. Baywatch pon baywatch lahh.

Read more...

Alahai anak omak

>> 29 October, 2011

Citer pasal Syasya lagi.

Satu hari pulang dari mana ntah tak ingat.
Mama: Balik ni mama nak jait.
Syasya: Mama ni asik jait je.
Mama: Ye la, kena la jait. Nanti Syasya nak beli puzzle la. Main menan kat tesco laa...
Syasya: Mama ni asik jait, masak. Jait, masak. (Nada merungut.)
Mama: Ye la, abis tu nak buat apa lagi? (Rasa macam nak marah lak kat budak ni.)
Syasya: Ye la. Mama rehat la. Takde nak rehat pon. Baring la sekejap berehat. Mama tak rehat pon.
Mama: Haaa kan... Mama takde rehat pon kan. (Dalam hati. Alamak, terharu.)

Alahai anak omak!

Alahai anak-anak omak! 

Muya: Nak tatouuuu! (Nak susu.)

Read more...

Klik, Tag & Menang

>> 25 October, 2011

Ha. 
Tipulah kalau engkau kata engkau tak suka barang pree.
Lantas terhegeh-hegeh engkau bukak menda ni.
Tiap-tiap hari.

Masa Week 1: Living Room, aritu ada gak aku layan mengetag.
Tapi kejap jer. 
Asik terlupa.
Akhirnya pemenang pon diumumkan.

Masa Week 2: Workspaces, aku malas tag.
Alasan aku.
Nanti kalau aku menang yang workspace.
Aku takleh menang yang bedroom.
Konfiden gile.
Jadi aku mengendahkan week tersebut.

Masa Week 3: Bedroom & Children's IKEA, aku berangan nak menang.
Tak tahan dah aku tengok bilik-bilik tido dalam umah aku.
Kalau naik atas macam tak berapa nak cam dah.
Ni bilik laundry ke bilik tido?
Har har har.

Takdelah.
Aku sebenarnya aim:


Katil ni.
Terasa nak belikan Syasya dan Muya katil.
Dah sampai masanya mereka ada bilik yang indah.
Harap judges kedai kak kiah baca entry aku ni.
(Macam tak boleh beli sendiri?)

Eh.
Dah orang nak bagi pree kan?
Aku nak laa.
Kalau tak menang kang.
Baru la aku beli sendiri.

Sesambil tu aku klik la menda-menda lain yang memang aku nak beli.
Tapi asik tak terbeli-beli.




Contohnya laci tingkat-tingkat ni.
Tapi aku sebenarnya aim:


Lama dah woo mau ini.
Atas letak cermin bulat besau.
Letak bunga sekuntum dalam pasu bengkok.
Hai...
Bila nak dapat ni.


Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Mana tau dapat katil ni.
Leh tukar katil baru aku.
Katil aku takde aim katil memana.
Tapi nak yang cani:


Fuh.
Taknak kalah.
Pilih katil yang memahal.
Mampu ke ko?
Hahaha.


Ha rug ni kalau dapat.
Leh la letak kat bilik Syasya & Muya.
Kalau tak dapat.
Aku beli la kapet yang RM89 yang semua orang beli tu.
Iaitu yang ini:


Kan aku dah cakap.
Aku pegi Ikea.
Beli barang yang murah-murah jer.


Seterusnya.
Yeszer.
Ini memang aku nak.
Dalam gambar dah tak nampak.
Tertutup dek gambar Muya Syasya bersama teks nya.
Kemas sket bilik kalau ada wall storage macam tu.

Orait.
Setel dah berangan.
Kalau menang memang best.
Mesti terus datang aura aku deco bilik tido lak pasni.

Tata.

Read more...

Ayam Percik

>> 22 October, 2011

Semalam masak ayam percik.
Selalu gak masak menu ni.
Sejak kawan aku post gambar ayam percik dia kat fb.
Terus mintak resepi.

Ha semalam.
Kawan aku pon terus upload gambar ni dalam blog dia.
(Tu la Mels, aku dah cakap snap gambar guna DSLR, baru la gambar makanan ko terang. Hehe)

Sedap resepi yang dia bagi ni.
Tu namanya resepi ikhlas.
Tak kedekut resepi.

Kalau resepi orang bagi tu ikhlas.
Kalau kita masak mesti jadi.
Ye ke?

Time kasih Mels.
Setiap kali masak ayam percik memang aku ingat kat ko.

Inilah Ayam Percik resepi kawan saya.
Nak resepi?
Nah amik ni.
Ni aku kopipes bulat-bulat ayat Mels.

Kuah:1 ulas bawang besar - dikisar (aku tumbuk pakai lesung aje kalau benda2 yg nak dikisar ni)
1 ulas bawang putih (tp tadi aku letak lebih sikit biar wangi - kisar)
1/2 halia - kisar
Santan (ori boleh, kotak pun ok)
Kunyit besar sikit dr ibu jari - kalau nak yg kuning. Kalau nak putih aje toksah letak
1/4 sudu halba
3 btg serai - dititik
2 sudu cili kisar (aku pakai cili giling dlm pek tu aje)
Belacan sikit (kisar aje sekali)
Garam n gula secukup rasa
1/2 air (tapi aku main tuang aje. Ikutlah nak pekat ke cair)
minyak sikit nak tumis


Perap for ayam (30 min):
Ayam ikutlah berapa nak (kalau parts I.e drumstcik senang sikit)
1/2 atau 1 ulas bawang besar - kisar
1 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 btg serai
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan putih - kisar sekali

Ok, ayam lepas perap, masuk kan dalam oven atau bakar/ panggang selama 30 - 40 min 180c
Kuah, tumis semua bahan yg dikisar sampai naik bau, masukkan santan n air, serai n asam keping sikit. Sampai santan tu pekat sikit n menggelegak, boleh lah matikan api...
Bila ayam dah masak, tuangkan kuah atas ayam tu...

Tapi aku tukar sket.
Aku tukar bawang besar jadi bawang kecik.

Pastu aku tak letak belacan.
Sebab aku ada resdung.
Nanti idung gatal 8 hari.

Owh ini ada satu pesanan kalau kita guna resepi orang.
Kalau nak tukar tu boleh.
Tapi jangan tukar lebih-lebih.
Nak add on sendiri menda-menda lain.
Kompem tak jadi sesedap macam resepi orang tu.
(Dah namanya ko tukar resepi kan?)

Jangan syok sendiri.
Orang dah bagi ko resepi tu.
Ko ikut je lah.

Orait.

Selamat mencuba.
Kalau korang masak tak jadi sedap.
Maknanya korang tak pandai masak.
Hahahaha.

Read more...

Juru Jait

>> 21 October, 2011

Hmmm.
Alang-alang dah ter log in.
Wat lah entry seketul,
Kang dah logout kang malas lak.

Teringat lak berborak-borak dengan Syasya.

Syasya: Syasya nak jadi juru jait.
Mama: Bukan juru jait la. Tukang jait. Kenapa nak jadi tukang jahit?
Syasya: Sebab mama suruh. Syasya pandai lukis baju kurung.
Mama: Oooo. (Bila masa aku suruh ek?)
Dalam hati terfikir.
Mama pon tak sangka mama jadi jurujait.

Dulu masa form 3.
Subjek KH, mama jahit pon tak reti.
Kawan-kawan mama sume pandai guna mesin jait.
Mama lak kayuh je mesin jait terus gostan.
Terus takde hati nak menjait.
Walaupun sebenarnya minat.

Dulu masa kat umah sewa zaman belajar pon sama.
Osmet sume belajar jait baju kurung.
Tapi guna tangan la sebab mesin jait takde.
Mama lak wat derk jer.
Sebab bila jait tangan lagi ler failed.
Walaupun sebenarnya minat.

Tapi tetibe.
Skang boleh lak jadi jurujait.
Sampai Syasya pon dah jadikan mama idola ni.
Hahaha.

Ok Syasya.
Kalau bebetul Syasya minat.
Mama tak kisah kalau dah besar nanti Syasya nak jadi jurujait.
Tapi mesti jurujait yang terpelajar tau.
Nanti mama asah bakat Syasya.
Kot iye boleh menjait.
Kot tidak, sila pilih profession lain.

Syasya nak mesin jait cani tak?
Yang ni pon tomel jugak. Ada Hello Kitty lagi.
Eh eh. Comelnye yang ni. Bentuk kucing laaaa.

Read more...

Dah terbalas dah

>> 19 October, 2011

Tetibe.
Teringat pulak ayat mak aku.
"Banyak dah ko belikan mak baju. Dah terbalas dah masa dulu mak belikan ko baju."

Aku senyum.
Dalam hati terfikir.
Tetap akan belikan mak baju.
Walaupun mak kata dah terbalas dah.

Tapi mak.
Sebenarnya setakat belikan baju mungkin dah terbalas.
Tapi part yang lain mak?
Mak sediakan akak makanan masa akak kecik-kecik.
Mak jaga akak bila sakit masa akak kecik-kecik.
Mak carik duit penat-penat untuk akak masa akak kecik-kecik.
Sampai jatuh terkehel lutut.
Tak mungkin akan terbalas mak.

Time kasih mak.
Jasa mak menjaga akak takkan dilupakan.

Errr...

Mak nak kain baru tak?
Akak ada jual kain ni.
Mak pilih je mana yang mak suka.
Nanti akak bawak balik Klang.
Lalalala.

Mak nak yang ni kan?

Read more...

Cendawan Masak Lomak Cili Padi

>> 14 October, 2011

Semalam ada wat entry tatau nak masak apa.

Tapi sebenarnya.
Dalam pala otak ada satu menu ni nak dimasak.

Lama dah nak makan sebenarnya.
Tak penah buat.
Ni macam first time buat la ni.

Teringin plak nak makan cendawan masak lomak cili api.
Memula tak terfikir nak letak udang.
Tapi terfikir nanti takde rasa pape la kalau cendawan je sesaja.
Jadi baling la udang kecik dalam seploh ekor kasi manis kuah.

Tadaaa! Cendawan tiram masak lemak cili padi. Macam sedap tak? Hehe.
Oh lupa nak citer.
Santan I pakai santan kotak jer.
Selalu kalau masak tak jadi pekat macam ni.

Rupanya dah tau dah rahsia.
Jangan campur banyak sangat air.
Sikit saja sudah lah.
Pastu biarkan masak  atas api lama-lama sikit.
Api sederhana/kecik.
(Ni tips nenek mertuo den tau, oghang Beranang memang terel bab masak lomak cili api ni).

Time kasih nenek!
Santap Mak Nak.

Read more...

It's a bird, It's a plane, It's Jupiter!

Yang kiri adalah Moon, yang kanan kecik terang macam bintang tu adalah Jupiter. Yang bawah tu, ntah, UFO kot kengkawan ku kata. Haha.

Subhanallah.
Terbaca status member tadi planet Musytari kat sebelah bulan.
Terus kejut abah bebudak pompuan yang baru nak titon suh tengok.
Sekali tu memang betul ada!
Terang giler kat sebelah bulan tu.
Maha Suci Allah.
Memang kagum sangat.
Dapat jugak tengok Moon  & Jupiter dari rumah sendiri.

Dan dan lepas tu.
Wat kajian lak pasal planet Jupiter a.k.a Musytari.

Ooo.. Gini rupa Jupiter. Lama dah tinggalkan subject science.
Kejadian begini memang pernah berlaku.
Ada sekali tu nampak 2 planet kiri kanan bulan, Venus dan Jupiter.

Ada member tanya bukan bintang ke tu?
Ada member lak jawab.
Bintang akan berkelip-kelip.
Planet pula tidak berkelip kerana pantulan cahaya matahari.

Memang betul.
Yang bercahaya kat sebelah bulan tu memang tak berkelip.
Memang kompem ia adalah planet.

Ye.
Bagaimanakah kejadian ini berlaku?
Kaji la sendiri yek.
Akak dah pening tengok gambar Jupiter banyak sangat ni.
Lenkali jelah akak wat research.

Apa yang penting.
Dengan kejadian seumpama ini.
Sentiasalah kita beringat kepada pencipta kita Allah Maha Agung, Maha Besar.
Tazkirah lak akak memalam buta ni.
Dah solat Isyak ke lom ni?

Daaaa!

Read more...

Apa mau masak?

>> 13 October, 2011


Hari-hari pon kena masak.
Tapi kalau hari-hari kena masak.
Lama-lama tak tau dah nak apa nak dimasak.

Takkan nak masak nasik ayam lagi?
Mentang-mentang tu jer yang aku tau terel masak.
Abis tu nak masak apa?

Nasik ayam peberet.

Asam pedas kesukaan Syasya?
Rasa macam baru jer masak asam pedas hari tu.
Takkan nak masak lagi?

Asam pedas ikan terubuk.

Lawannya sayur kobis goreng.
Abis tu?
Ikan patin tempoyak ke?
Ish takmo lah.
Aritu masak tak jadi sangat.
Rasa pahit. 
Makcik tak retilah nak masak ikan-ikan sungai ni.

Ikan patin tempoyak.
Lawannya Siew Pak Choi with Oyster Sauce.
Sup ketam?
Ish ish. Tetengah bulan ni takde la nak mengetam.
Takde bajet.
Cukup bulan boleh laa.
 
Sup ketam dengan brokoli.
Jadi.
Kesimpulannya?
Apa mau masak?

Ntahhhh.
Santap Mak Nak.

Read more...

Make Over: The Power of Make Up

>> 05 October, 2011


Certeka certeka.
Siapa dia ni?
Kalau tau bagus la.
Kalau taktau,  boleh search kat facebook awinseindahwajah tu.
Klu: Wife kepada seorang pelakon.

Lain ek muka dia sebelum dan selepas mekap?
Dapat lak orang yang mekap tu terel.
Terus wajah bertukar daripada begini kepada begitu.


Yang ni pulak mekap oleh kawan rapat saya.

Anak murid kepada awinseindahwajah yang mekap gambar peranten wife pelakon tadi.
Hebat jugak kan?
Berubah muka peranten ni.
Tepuk tangan untuk kawan saya. *Tepuk tepuk*


Tengok lak gambar di atas ni.
Ni pon kawan saya yang mekap.
Model ni budak umur 16 ke 17 tahun.
Kira masih sekolah lagi la.
Lepas mekap terus jadi muka macam Rossa gittew~.
"Ku menangissss" -kuar terus lirik lagu Rossa ek?

Maka.
Teringin tak diri nak dimekober supaya muka jadi macam artis?
Lalalala.

Read more...

Begedil Daging

Ujung minggu aritu, kitaorang balik kampung kat Klang.
Kampung lah sangat kan?

Saya telah merequest nenet bebudak pompuan untuk masak soto.
Dan juga begedil daging.
Macam la tak boleh buat sendiri. 
(Ye ke tau buat?)
Saja je mengada-ngada.
Lagipon nenet bebudak pompuan masak lagi sodap.

Maka.
Adik saya pon membancuh la adunan begedil daging.
Sebenarnya saya tidak pandai membuat begedil daging.
Dulu penah buat sekali.
Hancur lebur kentang berkecai-kecai yang dah dibulat-bulat masa digoreng.
Hah kompem tak pandai buat begedil!

Wah. Adik saya lagi pandai masak daripada saya?
Ini tak boleh jadi ni!

Inilah hasil bedegil begedil daging Maksu Enoi. 
Oooo.
Rupa-rupanya.
Kalau takmo begedil berkecai hancur lebur.
Adunan tu digaul la dengan telur.
Oooo.
Patut laaa...
Baiklah.
Nanti eden torai.

Dan ini hasilnya, begedil daging yang dah siap digoreng. Nampak lazat kan? Syasya yang shoot gambar ni tau. 
(Gambar begedil belum goreng di atas bukan Syasya shoot ye.)

Read more...

Barber Shop

Satu malam.
Lepas balik sopping barang umah sikit-sikit.
Abah bebudak pompuan nak singgah gunting rambut dia jap.
Dia punya rambut memang tak boleh panjang.
Kalau panjang je jadi macam hero filem tamil.
Padayappaaa!

Oleh kerana budak Muya skang ni menjadikan kakak dia si Syasya tu sebagai idola.
Setiap pergerakan Syasya dia nak folo.
Jangan sesekali Syasya tinggalkan dia.
Nanti Muya menyanyi style Idayu budak AF berapa ntah yang boleh jerit-jerit suara kat ujung tu.

Maka.
Abah bebudak pompuan pon parking kete bebetul depan kedai.
Supaya Muya dapat tengok abah dan kakaknya di dalam kedai dari dalam kereta.

Wah panjang sikit cerita kali ni kan?
Almaklumlah.
Update sebulan sekali konsepnya.

Oklah. Citer pasal Muya dalam kereta kita citer lenkali.
Yang nak citer ni pasal barber shop tu.

Sebenarnya.
Tak pernah la kan nak tunggu lelaki gunting rambut dalam kedai gunting rambut.
Espeseli kalau kedai gunting rambut Muniandy (bukan nama sebenar).
Kompem-kompem dalam tu ramai lelaki.
Bakpe aku nak tunggu dalam tu.

Maka.
Tak pernah tengok camne Muniandy gunting rambut orang.
Cuma pernah dengar citer je la kat ujung sesi gunting rambut.
Selalunya Muniandy ada servis urut.

Oleh kerana abah bebudak pompuan park kete depan kedai Muniandy.
Aku dapat la tengok Muniandy dan rakannya gunting rambut orang.
Bila tengok Muniandy urut kastemer dia.
Alamak.
Terasa gak nak kena urut gitu (tapi aku bukan nak Muniandy urut aku, opkos la pompuan).

Memula dia urut bahagian kening.
Pastu dia lurut-lurut minyak seluruh kepala sambil urut lagi.
Pastu dia urut lak tengkuk.
Dia pusingkan kepala ke kiri, dia pusingkan kepala ke kanan.
Pastu tepuk-tepuk belakang badan lak (sampai tertunduk-tunduk kastemer dia)
Picit-picit lengan.
Wah sebegitu sekali servis kalau pegi kedai gunting rambut Muniandy ye?

Kenapa aku pegi saloon gunting rambut Mei Mei takde itu macam?
Ada la gak, tapi tu pon kalau aku request nak basuh rambut.
Ada la time cuci rambut tu Mei Mei urut-urut sikit tang tengkuk.
Time sabun pon ada la Mei Mei picit-picit kepala aku.
Tapi kuku Mei Mei panjang.
Sakit jugak kulit kepala ahkak bila Mei Mei tenyeh.
Mei Mei tenyeh guna kuku, bukan guna jari pon boleh.
Takde pon macam Muniandy buat.

Tu je lah nak citer.
Lepas ni tunggu entry bulan depan pulak.
Tapi rasa macam nak aktif tulis blog balik jer.
Tengoklah cane nanti.

Bukan Muniandy sebenar. 
(Credit to http://www.visualphotos.com for the photo, ada copyright woo ini gambar kena kasi credit. 
Tapi aku suka la gambar ni, sangat cantik)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP