Ayam Percik

>> 22 October, 2011

Semalam masak ayam percik.
Selalu gak masak menu ni.
Sejak kawan aku post gambar ayam percik dia kat fb.
Terus mintak resepi.

Ha semalam.
Kawan aku pon terus upload gambar ni dalam blog dia.
(Tu la Mels, aku dah cakap snap gambar guna DSLR, baru la gambar makanan ko terang. Hehe)

Sedap resepi yang dia bagi ni.
Tu namanya resepi ikhlas.
Tak kedekut resepi.

Kalau resepi orang bagi tu ikhlas.
Kalau kita masak mesti jadi.
Ye ke?

Time kasih Mels.
Setiap kali masak ayam percik memang aku ingat kat ko.

Inilah Ayam Percik resepi kawan saya.
Nak resepi?
Nah amik ni.
Ni aku kopipes bulat-bulat ayat Mels.

Kuah:1 ulas bawang besar - dikisar (aku tumbuk pakai lesung aje kalau benda2 yg nak dikisar ni)
1 ulas bawang putih (tp tadi aku letak lebih sikit biar wangi - kisar)
1/2 halia - kisar
Santan (ori boleh, kotak pun ok)
Kunyit besar sikit dr ibu jari - kalau nak yg kuning. Kalau nak putih aje toksah letak
1/4 sudu halba
3 btg serai - dititik
2 sudu cili kisar (aku pakai cili giling dlm pek tu aje)
Belacan sikit (kisar aje sekali)
Garam n gula secukup rasa
1/2 air (tapi aku main tuang aje. Ikutlah nak pekat ke cair)
minyak sikit nak tumis


Perap for ayam (30 min):
Ayam ikutlah berapa nak (kalau parts I.e drumstcik senang sikit)
1/2 atau 1 ulas bawang besar - kisar
1 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 btg serai
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan putih - kisar sekali

Ok, ayam lepas perap, masuk kan dalam oven atau bakar/ panggang selama 30 - 40 min 180c
Kuah, tumis semua bahan yg dikisar sampai naik bau, masukkan santan n air, serai n asam keping sikit. Sampai santan tu pekat sikit n menggelegak, boleh lah matikan api...
Bila ayam dah masak, tuangkan kuah atas ayam tu...

Tapi aku tukar sket.
Aku tukar bawang besar jadi bawang kecik.

Pastu aku tak letak belacan.
Sebab aku ada resdung.
Nanti idung gatal 8 hari.

Owh ini ada satu pesanan kalau kita guna resepi orang.
Kalau nak tukar tu boleh.
Tapi jangan tukar lebih-lebih.
Nak add on sendiri menda-menda lain.
Kompem tak jadi sesedap macam resepi orang tu.
(Dah namanya ko tukar resepi kan?)

Jangan syok sendiri.
Orang dah bagi ko resepi tu.
Ko ikut je lah.

Orait.

Selamat mencuba.
Kalau korang masak tak jadi sedap.
Maknanya korang tak pandai masak.
Hahahaha.

1 komentar:

MakcikAnak3 10:14 AM  

kelihatan lazat. nak buat jugak! tq resepi

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP