Barber Shop

>> 05 October, 2011

Satu malam.
Lepas balik sopping barang umah sikit-sikit.
Abah bebudak pompuan nak singgah gunting rambut dia jap.
Dia punya rambut memang tak boleh panjang.
Kalau panjang je jadi macam hero filem tamil.
Padayappaaa!

Oleh kerana budak Muya skang ni menjadikan kakak dia si Syasya tu sebagai idola.
Setiap pergerakan Syasya dia nak folo.
Jangan sesekali Syasya tinggalkan dia.
Nanti Muya menyanyi style Idayu budak AF berapa ntah yang boleh jerit-jerit suara kat ujung tu.

Maka.
Abah bebudak pompuan pon parking kete bebetul depan kedai.
Supaya Muya dapat tengok abah dan kakaknya di dalam kedai dari dalam kereta.

Wah panjang sikit cerita kali ni kan?
Almaklumlah.
Update sebulan sekali konsepnya.

Oklah. Citer pasal Muya dalam kereta kita citer lenkali.
Yang nak citer ni pasal barber shop tu.

Sebenarnya.
Tak pernah la kan nak tunggu lelaki gunting rambut dalam kedai gunting rambut.
Espeseli kalau kedai gunting rambut Muniandy (bukan nama sebenar).
Kompem-kompem dalam tu ramai lelaki.
Bakpe aku nak tunggu dalam tu.

Maka.
Tak pernah tengok camne Muniandy gunting rambut orang.
Cuma pernah dengar citer je la kat ujung sesi gunting rambut.
Selalunya Muniandy ada servis urut.

Oleh kerana abah bebudak pompuan park kete depan kedai Muniandy.
Aku dapat la tengok Muniandy dan rakannya gunting rambut orang.
Bila tengok Muniandy urut kastemer dia.
Alamak.
Terasa gak nak kena urut gitu (tapi aku bukan nak Muniandy urut aku, opkos la pompuan).

Memula dia urut bahagian kening.
Pastu dia lurut-lurut minyak seluruh kepala sambil urut lagi.
Pastu dia urut lak tengkuk.
Dia pusingkan kepala ke kiri, dia pusingkan kepala ke kanan.
Pastu tepuk-tepuk belakang badan lak (sampai tertunduk-tunduk kastemer dia)
Picit-picit lengan.
Wah sebegitu sekali servis kalau pegi kedai gunting rambut Muniandy ye?

Kenapa aku pegi saloon gunting rambut Mei Mei takde itu macam?
Ada la gak, tapi tu pon kalau aku request nak basuh rambut.
Ada la time cuci rambut tu Mei Mei urut-urut sikit tang tengkuk.
Time sabun pon ada la Mei Mei picit-picit kepala aku.
Tapi kuku Mei Mei panjang.
Sakit jugak kulit kepala ahkak bila Mei Mei tenyeh.
Mei Mei tenyeh guna kuku, bukan guna jari pon boleh.
Takde pon macam Muniandy buat.

Tu je lah nak citer.
Lepas ni tunggu entry bulan depan pulak.
Tapi rasa macam nak aktif tulis blog balik jer.
Tengoklah cane nanti.

Bukan Muniandy sebenar. 
(Credit to http://www.visualphotos.com for the photo, ada copyright woo ini gambar kena kasi credit. 
Tapi aku suka la gambar ni, sangat cantik)

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP