It's a bird, It's a plane, It's Jupiter!

>> 14 October, 2011

Yang kiri adalah Moon, yang kanan kecik terang macam bintang tu adalah Jupiter. Yang bawah tu, ntah, UFO kot kengkawan ku kata. Haha.

Subhanallah.
Terbaca status member tadi planet Musytari kat sebelah bulan.
Terus kejut abah bebudak pompuan yang baru nak titon suh tengok.
Sekali tu memang betul ada!
Terang giler kat sebelah bulan tu.
Maha Suci Allah.
Memang kagum sangat.
Dapat jugak tengok Moon  & Jupiter dari rumah sendiri.

Dan dan lepas tu.
Wat kajian lak pasal planet Jupiter a.k.a Musytari.

Ooo.. Gini rupa Jupiter. Lama dah tinggalkan subject science.
Kejadian begini memang pernah berlaku.
Ada sekali tu nampak 2 planet kiri kanan bulan, Venus dan Jupiter.

Ada member tanya bukan bintang ke tu?
Ada member lak jawab.
Bintang akan berkelip-kelip.
Planet pula tidak berkelip kerana pantulan cahaya matahari.

Memang betul.
Yang bercahaya kat sebelah bulan tu memang tak berkelip.
Memang kompem ia adalah planet.

Ye.
Bagaimanakah kejadian ini berlaku?
Kaji la sendiri yek.
Akak dah pening tengok gambar Jupiter banyak sangat ni.
Lenkali jelah akak wat research.

Apa yang penting.
Dengan kejadian seumpama ini.
Sentiasalah kita beringat kepada pencipta kita Allah Maha Agung, Maha Besar.
Tazkirah lak akak memalam buta ni.
Dah solat Isyak ke lom ni?

Daaaa!

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP