Juru Jait
>> 21 October, 2011
Hmmm.
Alang-alang dah ter log in.
Wat lah entry seketul,
Kang dah logout kang malas lak.
Teringat lak berborak-borak dengan Syasya.
Syasya: Syasya nak jadi juru jait.Dalam hati terfikir.
Mama: Bukan juru jait la. Tukang jait. Kenapa nak jadi tukang jahit?
Syasya: Sebab mama suruh. Syasya pandai lukis baju kurung.
Mama: Oooo. (Bila masa aku suruh ek?)
Mama pon tak sangka mama jadi jurujait.
Dulu masa form 3.
Subjek KH, mama jahit pon tak reti.
Kawan-kawan mama sume pandai guna mesin jait.
Mama lak kayuh je mesin jait terus gostan.
Terus takde hati nak menjait.
Walaupun sebenarnya minat.
Dulu masa kat umah sewa zaman belajar pon sama.
Osmet sume belajar jait baju kurung.
Tapi guna tangan la sebab mesin jait takde.
Mama lak wat derk jer.
Sebab bila jait tangan lagi ler failed.
Walaupun sebenarnya minat.
Tapi tetibe.
Skang boleh lak jadi jurujait.
Sampai Syasya pon dah jadikan mama idola ni.
Hahaha.
Ok Syasya.
Kalau bebetul Syasya minat.
Mama tak kisah kalau dah besar nanti Syasya nak jadi jurujait.
Tapi mesti jurujait yang terpelajar tau.
Nanti mama asah bakat Syasya.
Kot iye boleh menjait.
Kot tidak, sila pilih profession lain.
![]() |
| Syasya nak mesin jait cani tak? |
![]() |
| Yang ni pon tomel jugak. Ada Hello Kitty lagi. |
![]() |
| Eh eh. Comelnye yang ni. Bentuk kucing laaaa. |






1 komentar:
comel gile yg pink tu...meowwww!!
Post a Comment