Klik, Tag & Menang

>> 25 October, 2011

Ha. 
Tipulah kalau engkau kata engkau tak suka barang pree.
Lantas terhegeh-hegeh engkau bukak menda ni.
Tiap-tiap hari.

Masa Week 1: Living Room, aritu ada gak aku layan mengetag.
Tapi kejap jer. 
Asik terlupa.
Akhirnya pemenang pon diumumkan.

Masa Week 2: Workspaces, aku malas tag.
Alasan aku.
Nanti kalau aku menang yang workspace.
Aku takleh menang yang bedroom.
Konfiden gile.
Jadi aku mengendahkan week tersebut.

Masa Week 3: Bedroom & Children's IKEA, aku berangan nak menang.
Tak tahan dah aku tengok bilik-bilik tido dalam umah aku.
Kalau naik atas macam tak berapa nak cam dah.
Ni bilik laundry ke bilik tido?
Har har har.

Takdelah.
Aku sebenarnya aim:


Katil ni.
Terasa nak belikan Syasya dan Muya katil.
Dah sampai masanya mereka ada bilik yang indah.
Harap judges kedai kak kiah baca entry aku ni.
(Macam tak boleh beli sendiri?)

Eh.
Dah orang nak bagi pree kan?
Aku nak laa.
Kalau tak menang kang.
Baru la aku beli sendiri.

Sesambil tu aku klik la menda-menda lain yang memang aku nak beli.
Tapi asik tak terbeli-beli.




Contohnya laci tingkat-tingkat ni.
Tapi aku sebenarnya aim:


Lama dah woo mau ini.
Atas letak cermin bulat besau.
Letak bunga sekuntum dalam pasu bengkok.
Hai...
Bila nak dapat ni.


Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Mana tau dapat katil ni.
Leh tukar katil baru aku.
Katil aku takde aim katil memana.
Tapi nak yang cani:


Fuh.
Taknak kalah.
Pilih katil yang memahal.
Mampu ke ko?
Hahaha.


Ha rug ni kalau dapat.
Leh la letak kat bilik Syasya & Muya.
Kalau tak dapat.
Aku beli la kapet yang RM89 yang semua orang beli tu.
Iaitu yang ini:


Kan aku dah cakap.
Aku pegi Ikea.
Beli barang yang murah-murah jer.


Seterusnya.
Yeszer.
Ini memang aku nak.
Dalam gambar dah tak nampak.
Tertutup dek gambar Muya Syasya bersama teks nya.
Kemas sket bilik kalau ada wall storage macam tu.

Orait.
Setel dah berangan.
Kalau menang memang best.
Mesti terus datang aura aku deco bilik tido lak pasni.

Tata.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP