Muya dah 2 tahun

>> 21 November, 2011

Rasanya baru je tahun lepas celebrate besday Muya setahun.
Tetibe jer ni dah 2 tahun lak.
Alaa..
Cepatnya masa berlalu.
(Makin lama mama makin tua)

Sebenarnya besday Muya 18.11.11.
Maka adalah sesuwei besday party nya wat hari Sabtu.
Malangnya.
Tetibe kakak Syasya lak ada Ihtifal hari tu.
Kena la tukar date kepada 20.11.2011.
Eh baru sedar tarikh yang menarik.

Upload satu gambar je lah dulu.

Happy 2nd Birthday Nur Muyassarah!
Mama sayangggg Muya.
UWE!

Read more...

Gunung Berapi Coklat

>> 03 November, 2011

Tulun tulun!
Asik membedal makanan ni jer.
Haishhh!
Sedap betul lah!

Makcik ni suka kek cekelat.
Suka sangat cekelat.
Makanan ni memang sesuwei sangat dengan makcik.

Rasa nak pegi makan hari-hari.
Sebaik seketul tu mahal gak.
Kalau hari-hari makan.
Jait baju 800 pasang pon lom tentu leh cover.
(Ye ke?)

Ni masa pertama kali makan. 
Adus. Pengsan dengan kelahzahtan cekelatnya. 

Masa ni makan orang yang sediakan menda ni kedekut! 
Tak macam gambar di atas tu.


Ok. 
Yang di atas tu gambar kelabu asap.
Guna camera henpon je.

Nah tengok gambar yang cantik plak.

Ni la gambar dalam menu sebenar yang aku makan kat pizzahut.

Ni versi ala-ala masterchef.

Ini pon ala-ala masterchef versi dah meletup. 
Ko tengok cekelat dalam tu? Aaaaa.

Yang ni mini punya gunung berapi. 

Amacam?
Ada rasa nak pegi makan Volcan-de-Chocolate sekarang?

Read more...

Wajahku Kulitku

Wah wah.
Tajuk macam Nouvelas Visage plak.
(Betul ke eja tu?)

Ingat nak beli produk wajah baru.
Dulu penah citer nak menerai Olay Regenerist.
Sila baca di sini.

Sekali tu terbaca lak member akak ni pon pakai Regenerist ni.
Asben dia kata wajah dia halus mulus.
Yak aww aww.
Kalau dah laki dia kata gitu.
Seharusnya kena percaya.
Ko ingat aku tak tergoda kak bedah?
Boleh baca testimoni dia di sini.


Eh.
Nak tanya sket.
(Motif tanya dalam entry?)
Olay Regenerist tu memang ada 3 core produk je ek?
Selalu kan ada 4 sekawan.
Pencuci muka, toner, krim siang & krim malam.
Ceciter ceciter.

Sambil-sambil tu.
Akak ada gak pegi skodeng kat kedai kecantikan feberet akak.
Akak carik bekas warna gold.
Rupanya ntah bila tahun akak sevey.
Bekas kaler gold tu dah tak wujud.
Skang yang wujud kaler merah.

Wah. Merah lagi?
Asal tua je kena guna warna merah?
Tua je merah, merah je tua?

Wahhhh! Tanteknye kaler merah diaaaaa....

RM109 sahaje. (Apa macam?)

Eh nyonya bodisop.
Ape pasat itu hari, wa tanya lu kata takde itu essential kit?
Ini wa tengok dalam website ada saja mehhh. 
Lu takmo jual sama wa ka?
Lu suruh wa beli itu busat punya terus ka? 
Haiyaa!

Read more...

Plastic Crayon

>> 02 November, 2011

Makcik tau kewujudan krayon plastik ni masa pegi kedai buku la kan.
Mana lagi kan?
Lama dah beli menda ni.
(Skang baru nak cerita)
Khas untuk Muya kununnya.
Sebab ianya memang sangat selamat, bersih & lambat abis.

See? 1 plastik krayon Maped ni sama dengan 3 krayon biasa. Bukankah jimat?

Jadi.
Takde lah Muya kacau-kacau  Syasya time Syasya nak mengaler.
Memang best sangat.
Memang bersih tadek minyak-minyak.
Memang macam plastik.
Memang kalau kaler macam guna pensel kaler biasa.

Akan tetapi.
Walaupun dibeli sebab ia lambat abis.
Malangnya.
Bila dapat kat Muya.
Kejap je dah abis.
Hari pertama beli je dia dah patah-patahkan.
Makkkk!
Sedapnye dia mematahkan menda tuuu.
Keletak keletak bunyinya.

Yak aww awww.
Muya Muya.
Sambil geleng kepala (Ke sambil tangan babab Muya?)
Yak aww awww lagi sekalik.

Papepon.
Barangan MAPED kan memang best.
Aku memang suka beli sejak zaman belajar-belajar lagik.

Design cun-cun.
Bila pakai pon rasa cun.
Ahaks!

Ini adalah sharpener ok!

Puncher.

Craft Scissor.

Compass. Sesuai untuk 6 tahun ke atas.

Compass. Adus. Marbeles punya design la.


Dan banyak lagi.

Ko ada?
Aku takde.
Haha.

Dan.
Motif promote?
Dapat barang MAPED free kah?

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP