Meow Tunic

>> 19 December, 2011

Ingat pasni kalau hari Sabtu atau Ahad.
(Kalau takde pegi memana lah.)
Nak wat hari eksperimentasi.
Testing skill wat baju lain lak.
Asik wat baju kurung je.

Jadi jurujait kena selalu pektis.
Kalau jarang pektis memang takleh nak terel.
Takleh nak ingat cara-cara menjait tu.
Takleh nak tau skill atau teknik yang best dalam menjait.

Wah. 
Skang dah bukak topik menjait lak.
Muehehe.

Ini Eksperimentasi 1 untuk minggu ini:

Meow Tunic for Syasya

Ye. 
Ada ruffles di bawah baju. 
Tangan paras atas siku sahaja & ada cekak di hujungnya menggunakan getah.
Bahu ada kedut-kedut.


Tang leher tu...
Konon-konon nak wat wide neck la kan.
Konon-konon juga takmo guna zip atau button kat belakang.
Maka.
Terjadilah kejadian kepala tak boleh nak masuk dalam lubang leher.
Berapa kali adjust daaa lubang leher tu.

Jadi. 
Itu tebukan leher ada sedikit cacat.
Tapi still boleh pakai.
Cuma kekadang terlari sket sebab Syasya kurus.

Takpe.
Minggu depan untuk Eksperimentasi 2.
Muya punya tunic leher style lain laks.
 

Oh.
Betapa si Muya ni memang suka kucing.
Muya tak boleh tahan nak cium-cium baju kucing tu.
Sangat geram kat itu kucing.
Muya si penggila kucing.

My doters... 
Eh sebijik muka ai lak si Syasya ni. Hahaha.

Muya ni time mama snap kakak, dia pon nak gakkk. Amikk~

Tetibe semangat lak nak jait baju lain.
Ye keeeee?
Hihi.

Read more...

Piknik kat Pullman Lakeside

>> 13 December, 2011

Seriously.
Tatau pon kat sini tempat menarik untuk beriadah.
Dulu ada member cakap tak best sangat.
Maka takde la teringin nak pegi.

Tapi.
Sebab atas permintaan kawan alam maya yang ajak nak jumpa.
Sian dia jauh dari Penang.
Lagipun kebetulan nak jumpa jugak kawanku masa kekecik dulu.
Maka.
Ku gagahkan jua bawak bebudak 2 orang tu.

Ye saya tau. 
Pakaian mereka adalah sangat tak sesuwei dengan aktiviti yang dilakukan. 

Rupa-rupanya. 
Best jugak ek.
Tatau pon kat Pullman ni leh mandi manda.
Tau ada pasir konon macam pantai.
Tapi tak sangka lak boleh mandi.
Tapi air lumut la tapi.
Sebab tasik kan.
Bukan laut bebetul pon.

Pehtu.
Kat tepi di sinun pon ada swimming pool awam.
Syasya dengan Muya dah skodeng-skodeng.
Lenkali kita ajak abah ye kekanak berdua.

Maka.
Aktiviti petang tu.
Main-main pasir.
Dan main-main beylon saje.
Lenkali pakai baju yang sesuwei sikit.

Suka la beylon zebra ni.

Dan juga beylon leopard ini.

Ececece. Macam iklan lak rasanye. ᵔ.ᵔ
Iklan RANTING. Hahaha.

Dapat main pasir je pon jadilah.

Geram tak tengok baby ni? Gebus kan? Berketak-ketak.
Dia anak kawan saya masa kecik-kecik dulu.

Kompem nak pegi lagi pasni.
Satu tempat yang menarik nak bawak bebudak beriadah.

Read more...

At Uncle Bad's Crib

>> 11 December, 2011

Takyah pegi jejauh nak bercuti.
Kat Hulu Langat pun boley.
Janji ada tempat untuk aktiviti perenangan.


 Muya memang suka wat menda tah pape.

Syasya pon sama. 

Sempat ye si Syasya mendapat boipren baru.

Makanan yang disediakan di Uncle Bad's Crib selepas aktiviti perenangan.

Pendek kata.
Walaupun percutian yang hanya memakan masa 4 jam sahaja.
Cukup la menggembirakan kekanak ribena 2 orang tu.
Time kasih Uncle Bad & Auntie Dila.

*Uncle Bad's Crib terletak di Hulu Langat yang merupakan rumah kazen abah bebudak pompuan. Bukan tempat percutian memana ye. Harap Maklum.

Read more...

Ihtifal Syasya

>> 10 December, 2011

19 November 2011.
Hari Ihtifal Syasya.
Ini bermakna hari terakhir Syasya bersekolah pada umur 5 tahun.
Last day jugak Syasya kat sekolah Permata Harapan.
Lepas ni Syasya tukar sekolah lain plak.
Tukar angin baru.
Tukar pengalaman baru.
Tukar kawan-kawan baru.
Nanti dah sekolah darjah 1 takleh nak tukar-tukar sekolah dah.


Sebelum ihtifal ni Syasya hari-hari pektis.
Nak buat persembahan katanya.
Hari-hari ler menyanyi lagu bahasa arab.
Siap qalqalah lagi sebutannya.

Akhirnya hari yang dinanti pon tiba.
Hari Syasya wat persembahan.

Masa ni kena senyap sebab nak nyanyi lagu Negaraku. 
Lama gila mama tak nyanyi lagu Negaraku.

Yeay! Masanya sudah tiba. 
Rasanya dalam reramai tu Syasya jer yang menari over. 

Syasya kata patutnya dia kena jadi bunga macam kawan dia kat sebelah tu. 
Tapi bunga tu besar, jadi Syasya kena jadi fairy.

Penyampaian sijil & gambar kelas. 

Persembahan beramai-ramai. 
Sayu lak hati mama tengok Syasya wat persembahan. 
Sayu juga sebab lepas ni Syasya dah tak sekolah sini lagi.

Time kasih Tadika Permata Harapan.
Time kasih mendidik anak saya ke arah anak yang solehah.
Jasamu ku kenang guru-guru.

Read more...

Cempedak

Aku rasa tiap-tiap tahun aku ada wat entry pasal cempedak.
Cempedak adalah sedap.
Rugi sape tak suka makan.
Nak makan cempedak baik beli sebijik.
Pastu goreng sendiri. 
Kalau beli yang dah siap goreng.
Kompem terkulat-kulat.


Kelihatan seorang jejaka sedang membeli cempedak.

Kitaorang pegi Langat carik orang jual cempedak.
Kat sini je ramai orang jual.
Sanggup tu demi sebijik cempedak.


Cempedak goreng dengan keropok. 
(Syasya N Muya panggil serdak-serdak tu keropok)


Tepung goreng cempedak ni guna tepung gandum campur tepung beras.
Nisbah adunan, tepung beras mesti lebih sikit dari tepung gandum.
Pastu tambah garam sikit dan serbuk kunyit.
Jangan pekat sangat bancuhan tapi jangan cair sangat.

Eh tetibe bagi cara-cara plak.
Macam la orang lain tatau cara nak goreng cempedak.
Har har har.

Akhir kata, ini pantun buah cempedak ala-ala Karam Singh Walya untuk anda:
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan
Kalau jolok guna galah tidak boleh dapat, beli sahaja di Hulu Langat.

Sekian, melaporkan.

Read more...

Baldu Merah Cikgu Semah

>> 09 December, 2011

Cikgu Semah.
Aku wat entry spesel pasal ko ni.
Haha.

Wiken aritu kitaorang plan nak pegi umah Cikgu Semah.
Kitaorang tu ialah sahabat-sahabat lama masa kat UTM dulu.
Siyes lama giler tak jumpa.
Terutamanya bespren ku Cikgu Shar yang tersayang yang berada jauh nun di Pantai Timur nun.
Ada la dekat nak 10 - 11 tahun tak berkumpul reramai cenggini.
Dari muda remaja sehingga anak memasing dah 2-3 orang dah skang.

Kebetulan lak hari tu besday Cikgu Semah.
Leh baca entry pasal tu kat blog Cikgu Semah ye.
Ha, orang lain kena panggil dia Cikgu Nina ye.
Kitaorang kengkawan UTM je leh panggil dia nama lain tu.
Harap maklum.
(Cuak ni takut kena marah.)

Dia kan suka baking-baking.
Selalu post gambar hasil karya dia tu kat pesbuk dengan belog.
Teringin sangat nak merasa.
Sesambil tu kunun nak menuntut resepi la kununnya kan.

Perkara yang perlu ada. Ko ado? Aku takdo.


Cikgu Semah sedang mengajar cara-cara menghias kek. (Ye ke?)
Kelihatan di situ, Cikgu Shar, roomate Cikgu Semah sedang belajar dengan tekun.

 
Kek baldu merah yang telah dibelah dua.

Rupanya, bak kata CikPuanAnaz, ingatkan serdak lebih potong kek tu dia nak cuit la masuk mulut. 
Rupanya digunakan untuk tabur atas kek ye.

Cikgu Shar ala-ala kecewa kek macam tak berapa nak siap.
Pastu kitaorang pon pegi la solat dulu. 
Lepas solat kunun nak bedal ler.

Wah, turun-turun solat yang agak lama gak tu. 
Tengok-tengok tepi kek dah bersalut cekelat.
Dan telah dipotong. 
Cis ada orang dah rasmikan dulu.

Waduhhh. Begitu mengancam rasa si Baldu Merah buatan Cikgu Semah ini.

Sangat sedap sehingga terpaksa cuit sikit-sikit. Tak gitu Cikgu Jijah? 
Eh silap, Puan Jijah.

Cikgu Shar tolong tapaukan si Baldu Merah untuk tetamu.

Setel. Tinggal la 2-3 cebis untuk tuan rumah. 
Ah tuan rumah buat baru laaa.


Time kasih Cikgu Semah.
Memang sedap sangat kek ko ni.
Aku dok terkenang sampai sekarang.
Kalau aku nak order, leh pos tak agaknye?
Lalalala.

Dan juga.
Happy Birthday yang ke 32 tahun.
Sonot giler dapat jumpa korang sume.

Read more...

Kucing dalam But

>> 08 December, 2011

Aku translate kat google map kuar tajuk tu.
Banyak sangat plak ketinggalan story nak citer dalam blog.
Citer yang paling terkini dulu lah.


Syasya memang suka buat aksi merepek kekadang.

Muya plak tak duduk diam asik terlompat-lompat.



Bebudak ni dah lama tak pegi tengok wayang.
Last sekali rasanya citer Kungfu Panda kot?
Betapa punya lama sampai citer last sekali tengok pon tak ingat.

Adalah sesuai membawa Syasya & Muya menonton citer ini.
Espeseli Muya la.
Sebab Muya gilakan kucing.
Pantang nampak kucing sanggup dia lari melintas jalan nak kejar kucing tu.
Agak bahaya di situ.

Sepanjang dalam wayang Muya senyap jer.
Sebab kucing sepanjang masa ada.
Harus la dia tak lepaskan peluang yang ado.
(Jangan risau Muya, nanti abah donlod lak)


Masa ni tengah tunggu nak masuk wayang. Muya mintak popcorn kat abah. Abah suap macam bagi anak burung makan.

Scene ni takde dalam pesbuk. Orang kata kalau perut buncit jangan pakai porch bag kat perut. Nanti perut nampak bertambah buncit. Hahahaha.

Overall citer ni ok-ok jer.
Best lagi Shrek Forever After.

Read more...

Muya is 2

>> 07 December, 2011

Sempena besday Muya yang ke-2 tahun aritu.
Mama ada buat blog khas pasal besday Muya tu.
Saja je buat kenang-kenangan.
Nanti Muya dah besar mesti bangga mama buatkan blog untuk dia.

http://muyais2.blogspot.com/

Oops.
Tapi cadangan suh buat blog tu sebenarnya dari abah bebudak pompuan tu ler.
Mama tolong merealisasikan aje.
(Kena bagitau ni, nanti abah tak puas ati.)

Jadi.
Segala preparation, cerita-cerita pasal besday Muya diceritakan dalam tu je lah.
(Wah, banyak sangat masa mama ye? Blog sendiri pon tak hapdet?)
Eh, besday party simple-simple je ni tau.
I memang selalu provoke nampak macam yo yo on tapi sebenarnya simple je.

Besday party Muya ni sebenarnya ajak kengkawan mama dengan abah je.
Sebab tak pernah wat besday party yang melibatkan kengkawan.
Asik asik wat kat kampung je.
Kasi can la pulak kan.

Kengkononnya nak wat outdoor la kunun.
Sekali tu ujannn.
Jadinya, wat dalam umah je lah.

Venue asal. Kengkonon leh la kanak-kanak riang ria bermain di sini sambil minum petang.

Dah siap setup dah sebenarnya pun. Tapi..... waaaa.. uwaaa...

Takpelah. Pasrah je la wat kat dalam rumah pon ok gak.
(Saje upload gambar size kecik sebab muka makcik muka tak siap. 
Macam orang takleh klik kat gmbr tu nak kasi besar kan? )

Maka.
Happy birthday lagi sekali Muya!

Read more...

Cistart

>> 06 December, 2011

Alamak.
Ada orang sound, dia kata blog aku asik tak hapdet je.
I bz la you.
Internet lak TAK PAKAI UNIFI.
PAKAI BEROKBAND jer.
Jadinya, ketabahan diri amat diperlukan untuk menghapdet seketul entry.

Aritu kan.
Masa besday Muya, ada la gak order 2 makanan glamer abad ini.
Padahal orang lain buat sendiri je.
Aku? Nan ado.
Pemalas taik kucing konsepnye. (Taik kucing? Pemalas? Ada kaitan?)

Amacam? Konsep ijau merah tak? 

Tapikan baru terjumpa tadi.
Orang jual cistart.
Cenggini rupanya.

Yes, patutnya cistart besday Muya aritu ada lebih kaler merah macam cistart yang ini.

Tapi, kalau dapat yang macam ni lagi best. 
Kompem aku order cistart kaler ijau merah.

Ok. 
Ini gambar saya perolehi di Misstery Homemade Sweet.
Lenkali nak order lah kat dia.
Walaupun dalam hati ada pasang angan-angan mat jenin nak buat apam pokadot & cistart sendiri.

Ye ye.
Saya tau.
Senang je nak wat espeseli apam itu.
Cuma saya.. errr... errr... MALAS!
(Dan kompem ke ko buat tu boleh menjadik?)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP