Baldu Merah Cikgu Semah

>> 09 December, 2011

Cikgu Semah.
Aku wat entry spesel pasal ko ni.
Haha.

Wiken aritu kitaorang plan nak pegi umah Cikgu Semah.
Kitaorang tu ialah sahabat-sahabat lama masa kat UTM dulu.
Siyes lama giler tak jumpa.
Terutamanya bespren ku Cikgu Shar yang tersayang yang berada jauh nun di Pantai Timur nun.
Ada la dekat nak 10 - 11 tahun tak berkumpul reramai cenggini.
Dari muda remaja sehingga anak memasing dah 2-3 orang dah skang.

Kebetulan lak hari tu besday Cikgu Semah.
Leh baca entry pasal tu kat blog Cikgu Semah ye.
Ha, orang lain kena panggil dia Cikgu Nina ye.
Kitaorang kengkawan UTM je leh panggil dia nama lain tu.
Harap maklum.
(Cuak ni takut kena marah.)

Dia kan suka baking-baking.
Selalu post gambar hasil karya dia tu kat pesbuk dengan belog.
Teringin sangat nak merasa.
Sesambil tu kunun nak menuntut resepi la kununnya kan.

Perkara yang perlu ada. Ko ado? Aku takdo.


Cikgu Semah sedang mengajar cara-cara menghias kek. (Ye ke?)
Kelihatan di situ, Cikgu Shar, roomate Cikgu Semah sedang belajar dengan tekun.

 
Kek baldu merah yang telah dibelah dua.

Rupanya, bak kata CikPuanAnaz, ingatkan serdak lebih potong kek tu dia nak cuit la masuk mulut. 
Rupanya digunakan untuk tabur atas kek ye.

Cikgu Shar ala-ala kecewa kek macam tak berapa nak siap.
Pastu kitaorang pon pegi la solat dulu. 
Lepas solat kunun nak bedal ler.

Wah, turun-turun solat yang agak lama gak tu. 
Tengok-tengok tepi kek dah bersalut cekelat.
Dan telah dipotong. 
Cis ada orang dah rasmikan dulu.

Waduhhh. Begitu mengancam rasa si Baldu Merah buatan Cikgu Semah ini.

Sangat sedap sehingga terpaksa cuit sikit-sikit. Tak gitu Cikgu Jijah? 
Eh silap, Puan Jijah.

Cikgu Shar tolong tapaukan si Baldu Merah untuk tetamu.

Setel. Tinggal la 2-3 cebis untuk tuan rumah. 
Ah tuan rumah buat baru laaa.


Time kasih Cikgu Semah.
Memang sedap sangat kek ko ni.
Aku dok terkenang sampai sekarang.
Kalau aku nak order, leh pos tak agaknye?
Lalalala.

Dan juga.
Happy Birthday yang ke 32 tahun.
Sonot giler dapat jumpa korang sume.

1 komentar:

MakcikAnak3 2:01 PM  

auwww terharunya hati cikgu semah terhdp n3 khas ini..hahaahaha..tengkiu tuan punya blog. jemput dtg lagi ya. kita buat kelas baking, foto dan jait2 lak..syok gak eh.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP