Cempedak

>> 10 December, 2011

Aku rasa tiap-tiap tahun aku ada wat entry pasal cempedak.
Cempedak adalah sedap.
Rugi sape tak suka makan.
Nak makan cempedak baik beli sebijik.
Pastu goreng sendiri. 
Kalau beli yang dah siap goreng.
Kompem terkulat-kulat.


Kelihatan seorang jejaka sedang membeli cempedak.

Kitaorang pegi Langat carik orang jual cempedak.
Kat sini je ramai orang jual.
Sanggup tu demi sebijik cempedak.


Cempedak goreng dengan keropok. 
(Syasya N Muya panggil serdak-serdak tu keropok)


Tepung goreng cempedak ni guna tepung gandum campur tepung beras.
Nisbah adunan, tepung beras mesti lebih sikit dari tepung gandum.
Pastu tambah garam sikit dan serbuk kunyit.
Jangan pekat sangat bancuhan tapi jangan cair sangat.

Eh tetibe bagi cara-cara plak.
Macam la orang lain tatau cara nak goreng cempedak.
Har har har.

Akhir kata, ini pantun buah cempedak ala-ala Karam Singh Walya untuk anda:
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan
Kalau jolok guna galah tidak boleh dapat, beli sahaja di Hulu Langat.

Sekian, melaporkan.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP