Ihtifal Syasya

>> 10 December, 2011

19 November 2011.
Hari Ihtifal Syasya.
Ini bermakna hari terakhir Syasya bersekolah pada umur 5 tahun.
Last day jugak Syasya kat sekolah Permata Harapan.
Lepas ni Syasya tukar sekolah lain plak.
Tukar angin baru.
Tukar pengalaman baru.
Tukar kawan-kawan baru.
Nanti dah sekolah darjah 1 takleh nak tukar-tukar sekolah dah.


Sebelum ihtifal ni Syasya hari-hari pektis.
Nak buat persembahan katanya.
Hari-hari ler menyanyi lagu bahasa arab.
Siap qalqalah lagi sebutannya.

Akhirnya hari yang dinanti pon tiba.
Hari Syasya wat persembahan.

Masa ni kena senyap sebab nak nyanyi lagu Negaraku. 
Lama gila mama tak nyanyi lagu Negaraku.

Yeay! Masanya sudah tiba. 
Rasanya dalam reramai tu Syasya jer yang menari over. 

Syasya kata patutnya dia kena jadi bunga macam kawan dia kat sebelah tu. 
Tapi bunga tu besar, jadi Syasya kena jadi fairy.

Penyampaian sijil & gambar kelas. 

Persembahan beramai-ramai. 
Sayu lak hati mama tengok Syasya wat persembahan. 
Sayu juga sebab lepas ni Syasya dah tak sekolah sini lagi.

Time kasih Tadika Permata Harapan.
Time kasih mendidik anak saya ke arah anak yang solehah.
Jasamu ku kenang guru-guru.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP