Meow Tunic
>> 19 December, 2011
Ingat pasni kalau hari Sabtu atau Ahad.
(Kalau takde pegi memana lah.)
Nak wat hari eksperimentasi.
Testing skill wat baju lain lak.
Asik wat baju kurung je.
Jadi jurujait kena selalu pektis.
Kalau jarang pektis memang takleh nak terel.
Takleh nak ingat cara-cara menjait tu.
Takleh nak tau skill atau teknik yang best dalam menjait.
Wah.
Skang dah bukak topik menjait lak.
Muehehe.
Ini Eksperimentasi 1 untuk minggu ini:
Meow Tunic for Syasya
Ye.
Ada ruffles di bawah baju.
Tangan paras atas siku sahaja & ada cekak di hujungnya menggunakan getah.
Bahu ada kedut-kedut.

Tang leher tu...
Konon-konon nak wat wide neck la kan.
Konon-konon juga takmo guna zip atau button kat belakang.
Maka.
Terjadilah kejadian kepala tak boleh nak masuk dalam lubang leher.
Berapa kali adjust daaa lubang leher tu.
Jadi.
Itu tebukan leher ada sedikit cacat.
Tapi still boleh pakai.
Cuma kekadang terlari sket sebab Syasya kurus.
Takpe.
Minggu depan untuk Eksperimentasi 2.
Muya punya tunic leher style lain laks.
Oh.
Betapa si Muya ni memang suka kucing.
Muya tak boleh tahan nak cium-cium baju kucing tu.
Sangat geram kat itu kucing.
Muya si penggila kucing.
My doters...
Eh sebijik muka ai lak si Syasya ni. Hahaha.
Muya ni time mama snap kakak, dia pon nak gakkk. Amikk~
Tetibe semangat lak nak jait baju lain.
Ye keeeee?
Hihi.







2 komentar:
yup...mm sebiji pon muka sya sya dengan kak jal
bile nak bt baju melayu ni.boleh la aku order..keke
-anne-
Post a Comment