Resepi Asam Pedas Melaka

>> 16 October, 2012


Orang tak mintak pun resepi.
Akak saja je nak letak resepi dalam ni.
Saja simpan wat kenang-kenangan.
*Tetibe.

Resepi ni akak belajar dengan nenek akak sebelah abah yang berada di Merlimau, Melaka.
(Ye. Saya ada darah Parameswara. Tu pasal kulit tak berapa nak putih. Motip?)
Ekceli.
Resepi asam pedas lain-lain ikut negeri.
Macam resepi nenek ni resepi asam pedas Melaka yang dah sempadan dengan Johor.

Bagaimanapun.
Akak ada adjust sikit la resepi ni sebab akak tak duduk Melaka.
Akak duduk Selangor.
Maka.
Akak kena create Resepi Asam Pedas Melaka & Selangor.
Hahaha. Pandai la ko ye.

Baiklah.
Ini resepi untuk kuah lebih kurang semangkuk lebih sikit macam dalam gambar di atas.

Begini resepinya:

Asam Pedas Melaka (cawangan Merlimau)

Bahan-bahannya:

4 ulas bawang kecik (size besar sikit, kalau yg kecik-kecik tu double kan la)
3 ulas bawang putih
1 1/2 kunyit hidup
1 sudu jintan manis (Secret Recipe)
Sedikit belacan (belacan Melaka yang kaler pink tu tapi akak takde belacan tu, so akak tak guna)
4 - 5 sudu besar cili kering yang dah diblender
Air asam jawa (Untuk kuah dalam 1 1/2 mangkuk macam gambar di atas. Kalau rasa pekat, tambah air lagi)
Ikan (suka hati la ikan apa)

**Bahan tambahan yang akak modified
(lumrah kehidupan manusia, apa yang dia dapat mesti dia nak ubah):

1 sudu besar serbuk kari ikan (guna Baba's sedap - Ini akak tambah sendiri. Resepi nenek takde)
Daun kesum (orang Melaka tak minat letak daun kesum ni, sebab abah akak mmg tak suka asam pedas letak daun kesum. Tapi, akak suka.)

Cara membuatnya:

(Cara asal nenek Melaka)

1. Tumbuk asing-asing semua bawang, kunyit, jintan manis tu.
2. Panaskan minyak.
3. Tumis satu persatu bawang kecik + bawang putih, pastu masukkan kunyit hidup pulak, tumis lagi dan kemudian jintan manis, tumis lagi. (Rajin kan orang dedulu, patut la masak sedap)
4. Belacan dihancurkan dengan air sedikit, pastu masukkan dalam bahan tumisan. Tumis lagi sampai naik bau. (Sedapnya bau time ni)
4. Masukkan cili kering. Tumis sampai keluar pecah minyak orang kata.
5. Masukkan air asam jawa, garam, serbuk perisa.
6. Dah mendidih kuah tu, masukkan la ikan. 
(Cara akak pulak)
1. Blender semua bawang, kunyit, jintan manis tersebut. (Rajin kan orang sekarang? Patut la masak sedap jugak. Eh, memang sedap ye.)
2. Panaskan minyak.
3. Lebur je semua yang dah diblender tadi untuk ditumis.
4. Masukkan cili dan juga serbuk kari ikan. Tumis sehingga pecah minyak (Yang ni memang kena ikut cara nenek, kalau tak nanti pedas sangat asam pedas tu sebab cili tak masak)
5. Kemudian, masukkan air dan pes asam jawa Adabi yang dah siap tu - (orang zaman sekarang guna pes je, takde dah guna asam jawa yang ada biji tu)
6. Dah mendidih, masuk la daun kesum, pastu masukkan la ikan. Kalau ada sayur bendi ke, terusng ke, masukkan la sekali.


p/s: Asam jawab tu ikut masam la. Jangan masam sangat, nanti makan je muka menyenget. Jangan tak masam langsung, nanti bukan asam pedas namanye.

Selamat mencuba! 
Kalau sedap maknanya resepi akak best. 
Kalau tak sedap, maknanya korang tak pandai masak!
Lalalala.... 

Read more...

But Buku Lali Kaki Mengintip

>> 09 October, 2012

Apakah tajuk entry itu?
Sila jangan percaya bulat-bulat kat google translate ye.
Ntah apa-apa yang diterjemahkan.
Peep Toe Ankle Boot jadi But Buku Lali Kaki Mengintip.
Kelakar sungguh bunyinye.

Takde la kan.
Hari tu akak termenonton Fashion TV.
Sekali tu kuar la fashion show baju-baju Victoria Beckham.
Ye.
VB dah jadi fashion designer skang ni.
Dia kan memang fashionista pun.

Yang akak terpaut tu tang kasut yang model dia pakai.
Berkenan betul akak.
Akak ni skang nak menjadikan diri muslimah sejati.
Takmo dah pakai seksi-seksi.
(Seksi ke aku? Wakakaka.)

Kalau boleh kasut pun akak nak pakai yang tutup semua dah skang ni.
(Kalau boleh ye. Masih mencuba nak berubah. Doakan akak.)
Tapi akak tetap nak ber-fa-shi-yon la jugak.

Jadi.
Akak rasa boot boot begini sesuwei  sangat la untuk akak.
Cuma tang jari kaki terkeluar sikit tu nanti kena pakai stokin la kan.
Pakai la stokin kaler nude.
Takde la nampak skema.
Menutup aurat tapi bergaya.
*Getuh.

Putih

Hitam

Nude
(Paling akak suka)


Jimmy Choo

Steve Madden

Ok.
Kira duit jap.

Read more...

Cintaaaa

>> 05 October, 2012

Memalam buta dalam pukul 11.30 malam.
Sekeluarga pegi supper kat kedai makan.
Syasya lapar sangat katanya.
Orang suggest makanan dalam rumah semua dia taknak.
Mengada-ngada betul.
Maka.
Diajak la makan kat luar.
Nak pulak dia.
Memang mengada gedik.

Semasa makan di kedai.
Kedengaran lagu daripada cerita bersiri yang hangat diperkatakan masa kini..
Dan.

Muya pun menjerit.

"Ini lagu citer mama!"

Wah?
Muya pun sudah tau ini lagu?
Harus la tau kan.
Dah hari-hari mama dia layan.


Walaupun hanya dapat layan 2 jam selepas.
(Sebab takde Asteruk Mustika HD).
Bang Haron Ajis tetap dihati.
Lalalala.

Err.. Tajuk entry ni ringkasan OST citer ni.
Dan rasanya.
Entry begini ramai orang buat.
Tapi sukahati la kan.
Ni blog aku.
Tak suka Bang Haron Ajis?
Takpe. Ko rugi nikmat jiwang donia.
Hahaha.

Read more...

Nude Black Lace Ruffles Mini Kurung

>> 03 October, 2012

Baju ni sebenarnya nak buat pattern lain.
Sekali tu bila dah halfway.
Terasa macam ada kekurangan pulak kat design pattern tu.
Maka.
Akak pun terfikir idea, tambah ruffles kat bawah baju.
Nanti kalau tak dipakai dengan kain.
Boleh pakai legging, atau jeans,  atau apa-apa je lah yang sesuai.
Masa add-on ruffles tu.
Akak dah feeling-feeling terasa macam dalam Project Runway la pulak.
Ye la kan.
Fashion designer selalu je kalau baju yang dia buat tu macam tak kena.
Dia akan ubah on the spot tambah pape yang patut supaya nampak cantik.
So. Skang akak bajet akak fashion designer la skang ni.
Lalalala.




Read more...

Hehehe

>> 01 October, 2012

Hehehe.

Rasa macam nak update blog lak tetibe.
Tetibe macam rasa malu nak update blog.
Motip terasa malu nak update blog sendiri?
Sian lak ai.
Rasa macam update 4 bulan sekali je skang ni kot.
Hehehe.
Ok la nanti sambung lagi.
Kalau ada masa.

Ok.
Ni letak sikit gambar besday kek Syasya ke-6 order dengan uncle Farhad.
Memang sedap giler! 
(Gile lambat pos gambar besday kek?)

Happy Birthday Syasya!

Figurine tu ada taik lalat kat pipi tau! Lolipop giant Syasya yg tambah. Uncle Farhad tak letak.


Read more...

Hepi Besday Syasya

>> 31 May, 2012

Cak!
Tetibe kembali semula.
Bosan ah dengan pesbuk.
Nak update citer balik kat blog.
Hehehe!
(Jangan kata ai tiru abahgirls tau. Dia yang dengar orang kata nak update blog semula, cecepat dia update blog dia 3 hari lepas. Cis!)

Nak citer pasal hejadi Syasya yang ke-enam tawun Isnin hari tu.
Kitaorang bawak dia pegi jenjalan.
(Nanti citer kat entry lain)

Sehari suntuk kitaorang berjalan.
Sampai la malam.
Sampai rumah, dah siap mandi semua.
Syasya tunjuk tulisan tangan dia macam gambar di bawah ni:

"tak BeliHadiah
BileHarijaDi syasya"
+ contengan Muya

Adoyai!
Ekceli.
Memang dah janji nak bagi dia satu hadiah ni.
Tapi ingat nak tunggu la besday party dia nanti (kecil-kecilan aje kot sebab dia yang request).
Baru la nak belikan.
Tak sangka pulak dia mengharapkan hadiah harijadi di harijadinya itu.

Banyak kali jugak dia tunjuk note tu kat mama.
Sampai rasa bersalah ler jugak diri ini.
Kui kui kui.

Maka.
Mama pon pegi la belikan Syasya hadiah yang dijanjikan keesokkan harinya...
Mama saja je balut supaya Syasya taktau mama belikan dia hadiah apa.

Syasya gumbira, Muya pon gumbira.

Bila dibukak pembalut hadiah tu.
Tersenyum lebar ler si Syasya.
Hadiah idaman dia selama ini. Hehehe.

Syasya pon main la hadiah harijadinya itu.
Mainan kedai-kedai. 
Happy birthday Syasya! :)

Lebih sudu daripada kuah.
Hadiah siapa sebenarnya ni?
Haha!

Read more...

Saya masuk Kosmo!

>> 22 February, 2012

Yuhuu.
Anibadi home?
Sian blog ku ini.
Lama betul terbiar sepi.
Tuan dia memang bz sangat skang ni.
Banyak bebeno nak kena sign in, sign out.
Wat keje kena focus, jadi yang utama kena diutamakan.
*Personal blog dah tak utama nampaknya. Hehe.

Alhamdulillah, saya kuar KOSMO! hari Isnin 20 Feb 2012 hari tu.
Time kasih kat Suhana, wartawan Kosmo! yang sudi menemuramah saya berkenaan bisnes saya ini.
(Wah skemanya ayat?)

 
Makcik banggo citer pasal makcik kuar kat Rencana Utama. 
Tak sangka gak. Ingatkan column kecik je dalam sokabar ni.
Thank you, thank you. :)

Masa shoot kat sini, tanya la photographer tu. 
"Eh takpe ke ni? Nampak sofa semua ni"
Photographer jawab, "Takpe kak, sofa akak cantik, ok je."
Hehehe. Sebaik beli sofa baru kan? Kalau sofa lama dulu tu, duduk pon tenggelam punggung. Haha.

Itu je lak kisah saya setakat ini.
Tu pasal sekarang ni blog saya sepi.
Windu gak nak update, tapi siyes bz.

*Kak wet, resepi kek batik nanti jal usahakan update gak nanti seketul entry. Hehehe.

Read more...

Long Pleated Skirt

>> 02 January, 2012

Lama betul dah tak bergaya.
(Eh selama ni bergaya ke?)
Haha.

Ku sedang mencarik skirt labuh ini macam punye style.
Teringin nak pakai.
Rasanya dulu masa kecik-kecik macam pernah ada skirt macam ni.
Tapi pendek punye la.

Di sini saya sertakan contoh-contoh LONG PLEATED SKIRT idaman hatiku.

Eh, yang ni tak berapa nak minat sangat sebab macam ranggi sangat pulak, tapi lawa gak.

Yang ni lawa kalernya. 
Tapi singkat sikit, pakai hi-cut boot cenggini lawa la. 
Tapi muslimah tak?

Yang ni lawaaaaa.....sangattt....

Oh sungguh lawa, nak nak lagi yang kaler maroon ittew~ Tulung.

Tulung, tulung, nak selai dua lai tiga lai...

Camne ni?
Mana nak carik ini macam punye skirt?
Takmo mahal-mahal.
Nak murah je tapi cantik.
Bley?

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP