Happy Birthday 3rd Muya!

>> 31 October, 2013

Tu la.
Lama sangat tak hapdet blog.
Kan cerita basi pun aku nak cerita.

Dah sebelum ni aku cerita pasal besday Syasya.
Kena la cerita pasal besday Muya gak.
Ni cerita besday Muya yang ke-3 tahun.
Amek ko.
Esok dah masuk bulan 11 dah ni.
Muya dah nak 4 tahun.
Ko baru hapdet cerita besday Muya 3 tahun?
Hahaha.

Lantak ler.
Aku nak cerita jugak.

Kisahnya.
Celebrate sekeluarga aje lah kan.
Pegi Sunway Piramid.
Yang dah lama giler tak pegi.

Sekali tu.
Ternampak la menan menan ni.
Jadi.
Abah bebudak pompuan pun belanja la konon.
Sempena besday Muya.
Katanyee...


Ferris Wheel.
*Sebenarnya aku first time naik ferris wheel time ni. 
Seumur hidup tak pernah naik.
Ko caya ke tak? Tak caya sudah!
Hahahaha.

..................

Lepas tu naik la Merry Go Round pulak.
Pening mak. 

....................

Dan.
Kitaorang pun ada la main lagi beberapa menan...

Tak ingat berapa ongkos main menda alah ni.
Tapi.
Macam mahal ler jugak.
Nanti dia kasi kita kad token.
Kita guna la kad tu untuk main semua mainan yang hado.
Kalau tak abis guna nanti.
Dia refund la duit kita.

.......

Dan sebenarnya.
Pegi Subang sebab nak amik kek besday Syasya.
Biasa ler.
Order kat sape lagi.
Kat mamat glamer tersohor uncle Farhad ler.
*Getuh. 


Happy sangat Muya kan?

Yang ni kan aku dah cakap.
Kalau time Syasya, Muya menyebok.
Kalau time Muya, Syasya la menyebok.

Ini dedua hadiah abah yang bagi.
Mama tetiba tak ingat la bagi hadiah apa.
Rasa macam lagi best daripada hadiah abah kot?


Memang standard la kan.
Beli hadiah untuk sorang.
Kena la beli hadiah untuk lagi sorang. 
Kalau tak kang. Bergaduh. Merajuk. 
Siapa nak pujuk.
Eh. Macam pantun pulak.
Kah kah.


Tada...
Kek Elmo dengan Macarons Elmo.

Happy 3rd Birthday Muya!

Read more...

Syasya 7th Birthday!

Semalam.
Update pasal kek besday Muya.
Teringat pulak la kat kek besday Syasya plak.

Syasya over sikit.
Beli kek dua kali.
Konon sebab mama la.
Kata nak buat besday party.
Lepas tu tak jadi.

*Eh. Sebenarnya bukan mama. Abah yang salah. Hahaha.

 Yang ni celebrate kat Secret Recipe je.
Syasya suka Marble Cheese Cake tu.
Ha. Beli ler.
Request kat abang SR lilin 7 biji. 


 Makan pun sepinggan je Macaroni & Cheese feberet derang.
Banyak woo sepinggan.
Toksah membazir.

.............................


Seminggu lepas tu.
Gedik pulak nak kek lain.
Takpe takpe.
Besday setahun sekali je pun kan. 

Muya muka sangat nakal ler. Haha.

 Kasi gak la tiup lilin sekali lagi. Kui kui kui.


 Macam biasa. 
Time kek Muya, Syasya menyebok. 
Time kek Syasya pulak, Muya la menyebok.

Hahahaha.

Happy 7th Birthday, Syasya!

Read more...

RV, I'm in love!

>> 30 October, 2013

Sedapnya kek Red Velvet.
Apesal ek sedap sangat?
Taktau la tekak orang lain suka ke tak.
Aku suka. Sangat.
Lantak ko nak kata aku poyo.

Red Velvet.
Dia punya ingredients tu ada serbuk koko.
Coklatlah maksudnya tu.
Tu pasal RV sedapppp.
Tu pasal aku sukeee.

Tapi.
Tak semua orang pandai buat RV sedap.
Ada gak yang RV dia ke laut.
Boleh bagi ikan je makan.
Kah kah.

Ni ha gambar masa kawan ai Mek Semah a.k.a Ticer Nina menyiapkan RV. 
Cream cheese tak cukup katanya tu.
Hahaha.

Adoi. Gambar ni. Buat aku terkenang la RV ko Semah.
Sedap betul.

......................

Red Velvet. Cake in Jar. 
Pernah makan. Sedap!
Tapi. Tak berapa minat nak repeat sebab rasa macam makan serdak kek je.
Lagi suka makan kek bentuk sebenar yang lebih padat.

..........................


RV Secret Recipe.
So-so aje.
Sekali makan. Taknak repeat.

...............................

Ha. Ini pulak Brownies RV.
Pun sedapppp sangat.
Ni bukan gambar sebenarnya la kan.
Tapi camni la rupa RV Brownies member aku tu.
Ala. Sedap...

Jumpa gambar ni. Red Velvet Oreo Truffles Brownies.
Ini semua gila! Pengsan sedap ni!

...............................

Ha. Ni. Ko penah makan?
RV Cookies.
Ya ampunnn. Sedap giler.
Sebalang aku beli satu hari je habis.

.........................

Apa lagi ek yang berkait dengan RV aku lom makan?
Jap aku sevey.
Jeng jeng.


Ada RV Pancake?
Alamak. Terasa nak makannyerr.
Takde orang jual ni.
Aku kena buat sendiri ke?
Boleh ke? Haha.

Nah. Satu lagi gambar RV Pancake.

............................

Hah? RV Waffles pun ada jugak?
Oh tidak. Oh tidak.

Yang atas tadi tu tak nampak sangat bentuk waffles.
Yang ni jelas ketara. Waffles kaler merah getuh.
Yang putih tu apa ek?
Cream cheese?

...........................

Yang ni pulak Whoopie Pies.
Cemana ek rasa Whoopie Pies?

...........................

Red Velvet Trifle.
Potong kek RV kekecik, lapiskan dengan cheesecake whipped cream, sliced almonds dan shaved dark chocolate.
Ini semua kejam! Kejammm!

...........................

RV Cheesecake.
Jap tengah bayangkan cemana rasa dia...

....................

Red Velvet Truffles.
Truffles ni cemana rasa ek?
Macam cake pop kah?

.........................

Air liur dah menjejes-jejes.
Nasib la aku ni tak berapa nak ada bakat baking-baking ni.
Campur malas gak sekali.
Memang nak makan kena beli je la.
Sian.
Apapun.
RV, I'm in love.

Nak carik la resepi semua di atas.
*Eh.

.............................

Eh. Tertinggal lak.
Nak selit gambar masa besday Muya the 3rd.
Order kek kat Uncle Farhad.
Bawah RV atas Rainbow.

Sekian.

Read more...

Hello Blog!

Ko mimpi apa tetiba je hapdet blog balik?

Entah la.
Tetiba.
Aku rasa aku benci pulak kat pesbuk tu.
Benci. Menyampah.

Rasanya.
Kalau bercerita kat blog lebih aman.
Daripada bercerita dekat pesbuk.
Orang nak komen lelebih pun tak boleh.
Sebab nak komen, kena la klik kat komen.
Yang agak leceh jugak nak buat.

Aku ni.
Kalau orang komen lelebih aku pulak lelebih nak sentap kekadang.
Jadi.
Kalau kat blog.
Aku rasa aku susah la nak sentap.
Sebab takde orang komen?
Hahaha.

Lagipun.
Kalau bercerita kat blog.
Bebila bosan nak baca balik boleh carik.
Kalau bercerita kat pesbuk.
Aku nak carik balik sampai juling mata tak jumpa post lama tu.

Jadi.
Hello Blog!
I'm backkkkk.



Read more...

Lama kan dah takde berangan-angan macam dulu.
Sebenarnya.
Perasaan tu masih je wujud lagi.
Hakak je yang konon bz.
Tak sempat nak hapdet blog.
Kununss.



Ha.
Ai verangans sangat nak beli menda ni.
Senang nanti nak gosok baju.
Takyah susah-susah tunduk bongkok nak menggosok.
Takyah susah-susah sembur air.
Berdiri aje pun boleh.


Ada stand dia gak siap sekali tu.

Yang ai survey ni brand Philips.
RM299.
Ni je yang ku jumpa dan nampak ada kat Tesco.
Dan.
Yang ku berkenan.

Biasa ler.
Walaupun nak beli garment steamer je.
Haruslah kena pilih yang cantik.
Baru ler aku ada feel nak gosok baju.
Hahaha.

Pink ada...

Hijau ada...

Purple pun ada...

Okeh.
Masuk wishlist.
... Yang lama tak berhapdet tu.
Ada yang tak dapat lagi pun ada kat wishlist tu.
Kah kah. 

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP