RV, I'm in love!

>> 30 October, 2013

Sedapnya kek Red Velvet.
Apesal ek sedap sangat?
Taktau la tekak orang lain suka ke tak.
Aku suka. Sangat.
Lantak ko nak kata aku poyo.

Red Velvet.
Dia punya ingredients tu ada serbuk koko.
Coklatlah maksudnya tu.
Tu pasal RV sedapppp.
Tu pasal aku sukeee.

Tapi.
Tak semua orang pandai buat RV sedap.
Ada gak yang RV dia ke laut.
Boleh bagi ikan je makan.
Kah kah.

Ni ha gambar masa kawan ai Mek Semah a.k.a Ticer Nina menyiapkan RV. 
Cream cheese tak cukup katanya tu.
Hahaha.

Adoi. Gambar ni. Buat aku terkenang la RV ko Semah.
Sedap betul.

......................

Red Velvet. Cake in Jar. 
Pernah makan. Sedap!
Tapi. Tak berapa minat nak repeat sebab rasa macam makan serdak kek je.
Lagi suka makan kek bentuk sebenar yang lebih padat.

..........................


RV Secret Recipe.
So-so aje.
Sekali makan. Taknak repeat.

...............................

Ha. Ini pulak Brownies RV.
Pun sedapppp sangat.
Ni bukan gambar sebenarnya la kan.
Tapi camni la rupa RV Brownies member aku tu.
Ala. Sedap...

Jumpa gambar ni. Red Velvet Oreo Truffles Brownies.
Ini semua gila! Pengsan sedap ni!

...............................

Ha. Ni. Ko penah makan?
RV Cookies.
Ya ampunnn. Sedap giler.
Sebalang aku beli satu hari je habis.

.........................

Apa lagi ek yang berkait dengan RV aku lom makan?
Jap aku sevey.
Jeng jeng.


Ada RV Pancake?
Alamak. Terasa nak makannyerr.
Takde orang jual ni.
Aku kena buat sendiri ke?
Boleh ke? Haha.

Nah. Satu lagi gambar RV Pancake.

............................

Hah? RV Waffles pun ada jugak?
Oh tidak. Oh tidak.

Yang atas tadi tu tak nampak sangat bentuk waffles.
Yang ni jelas ketara. Waffles kaler merah getuh.
Yang putih tu apa ek?
Cream cheese?

...........................

Yang ni pulak Whoopie Pies.
Cemana ek rasa Whoopie Pies?

...........................

Red Velvet Trifle.
Potong kek RV kekecik, lapiskan dengan cheesecake whipped cream, sliced almonds dan shaved dark chocolate.
Ini semua kejam! Kejammm!

...........................

RV Cheesecake.
Jap tengah bayangkan cemana rasa dia...

....................

Red Velvet Truffles.
Truffles ni cemana rasa ek?
Macam cake pop kah?

.........................

Air liur dah menjejes-jejes.
Nasib la aku ni tak berapa nak ada bakat baking-baking ni.
Campur malas gak sekali.
Memang nak makan kena beli je la.
Sian.
Apapun.
RV, I'm in love.

Nak carik la resepi semua di atas.
*Eh.

.............................

Eh. Tertinggal lak.
Nak selit gambar masa besday Muya the 3rd.
Order kek kat Uncle Farhad.
Bawah RV atas Rainbow.

Sekian.

2 komentar:

Kazaztan Team 10:48 AM  

resepi red velvet brownies saya ada... dah byk kali buat...menjadi aje..senang pun senang...

jellynajal 9:38 PM  

share la resepi kak zai. ke dah share dah saya tak pasan? almaklumlah. lama dah tinggalkan blog. huhu.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP