Homemade Mushroom Soup Recipe

>> 15 November, 2013

Dulu kan.
Tahun 2003-2007.
Masa keje kat Serdang.
Aku sukeee sangat pegi Mines.
Makan kat Dave Deli.
Kat situ ada mushroom soup yang sangat sedap.
Sukeee sangat.

Sekali tu.
Entah apa pasal.
Dave Deli cawangan Mines tu tutup.
Carik kat Sunway Piramid pun tutup.

Ala.
Tak dapat nak makan lagi mushroom soup Dave Deli yang sedap ittew.

Oleh kerana kerinduan yang amat sangat pada mushroom soup Dave Deli.
Maka.
Akak pun try la buat sendiri.
Amik resepi kat internet.
Modified sikit berdasarkan memori rasa mushroom soup Dave Deli dulu tu.

Dan.
Memang sama rasanya!
(Perasan..)

Ok.
Nah resepi.
Kalau korang buat nanti jadi tak sama.
Aku taktau.
Sama ada korang tak pandai buat.
Atau.
Aku yang syok sendiri sebenarnya.
Lalalala.

Gambar Hiasan. 
Tak jumpa gambar mushroom soup Dave Deli yang dulu. 
Macam ni la lebih kurang. Tekstur kasar.

..........................

Bahan-bahannya:8 auns cendawan fresh --> aku guna fresh shitake. boleh beli kat tesco. pastu takde sukat-sukat. bedal je berapa banyak pun.
2 sudu makan bawang --> cincang halus
1 -2 ulas bawang putih --> cincang biasa je
2 sudu makan butter
2 -3 sudu makan tepung gandum (separated)
2 cawan stok ayam
1/2 kiub ayam
1 cawan cream or susu cair --> pakai susu cair la senang nak dapat.
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/4 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
2-3 helai bay leaves

Cara-cara memasak:
1. Cara nak potong cendawan ikutlah citarasa memasing. Nak cincang boleh, nak potong slice boleh. Tapi aku blender sebab nak kasi feeling macam Dave Deli punya mushroom soup. Lepas tu slice jugak. So. Dua jenis style potong cendawan.
2. Cairkan butter dalam pan. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cendawan. Masak sampai bawang jadi lembut.
3. Tepung bancuh dulu dengan air sikit. Lepas tu baru masuk dalam bahan yang ditumis tadi.
4. Masukkan stok ayam dan kiub ayam. Kacau sehingga pekat.
5. Masukkan krim/susu cair, garam, serbuk lada putih, nutmeg dan bay leaves. Kacau lagi sehingga menjadi semakin pekat.
Siap!

Yang ini gambar versi aku buat.  Mangkuk pun tak feeling macam kedai.
Nanti la aku beli mangkuk soup macam kedai.
Aku snap gambar lagi sekali.


Dulu masa pegi Penang.
Ada nampak Dave Deli kat Queensbay.
Nak try makan.
Tapi tak sempat.

Ah. 
Tak payah dah.
Buat je sendiri.
Lagi puas hati.
Seperiuk dapat.

Selamat mencuba.
K. Tata.

Read more...

Mama, jangan lupa pakai stokin!

>> 14 November, 2013

Kisahnya.
Aku ada la beli stokin.
2 pasang.
Satu warna light brown.
Satu warna hitam.

Beli sebab apa?
Sebab nak pakai la kan.
Dah lama pasang niat.
Bila keluar rumah nak pakai stokin.
Kaki kita kan aurat.

Aah.
Aku dulu bukan jenis kisah aurat sangat.
Asal pakai tudung je kira tutup aurat la tu.
Keluar rumah pun pakai t-shirt lengan pendek.

Ish.
Bukan nak cerita pasal aku.
Aku nak cerita pasal Muya.

Muya tahu aku ada beli stokin.
Setiap kali nak keluar rumah kalau tak pakai stokin.
Muya ingatkan.
"Mama, mama tak pakai stokin!"
"Mama, jangan lupa pakai stokin."
"Mama, mana stokin mama?"

Adoi..
Terima kasih Muya.
Rajin ingatkan mama.
Yang memang agak goyah sikit bab pakai stokin ni.
Kadang-kadang saja je buat lupa.
Huhuhu.

Sekarang.
Masih berusaha pakai stokin bila keluar rumah.
Masih jauh lagi perjalanan.
Masih banyak lagi yang kena 'repair'.
Nasib Muya tolong ingatkan.

Terima kasih Muya.
Mama akan cuba.
All the best untuk mama!


Cayang Muya! Muahss!

Read more...

Syasya Tamat Darjah 1

Yeay!
Berakhir dah persekolahan Syasya untuk Tahun 1 2013.
Maka.
Berehatlah sekejap daripada kerja-kerja menyental baju sekolah.
Eh?

Lepas tu kan.
Dah nama pun mak kan.
Macam berharap jugak la kalau Syasya ni jadi pelajar cemerlang sekolah ke.
Jadi pelajar pertama dalam kelas ke.
Macam mama dedolu.
Setiap tahun naik pentas amik hadiah. 
Setiap tahun muka mama ada.
Eh. Cerita pasal mama pulak.

Bila tanya Syasya.
Syasya takde ke dapat hadiah apa-apa.
Syasya kata takde.

Alahai.
Takpe lah Syasya.
Syasya pandai ke.
Syasya tak pandai ke.
Mama pasrah aje.

Esok kalau dah besar.
Syasya macam tak berapa pandai.
Mama suruh Syasya buat bisnes aje.
Boleh gitu?
Wekekeke.

Sekali tu kan.
Masa balik sekolah.
Syasya cakap, "Mama, Syasya dapat hadiah!"
Mama pun dengan terkejut, "Haaa.. Dapat ke? Syasya dapat hadiah untuk apa?"
Syasya pun bagi lah surat di bawah ni ha...

Wah. Pelajar terbaik matapelajaran Bahasa Arab.
Alhamdulillah.

Oh. Rasanya dah tau kenapa Syasya jadi pelajar terbaik Bahasa Arab.

Sistem sekolah kebangsaan sekarang pakai Band.
Korang paham ke apa Band 1,2,3,4,5,6 tu?
Esok anak ko dah sekolah ko tau la. 
Skang takde dah markah-markah.
Main band-band aje.
Anak ko takde peksa dah.
Huhu.


Tapi.
Dekat sekolah agama masih guna sistem peperiksaan.
Which is Mama sangat suka.
Sebab senang mama nak pantau.

Macam Syasya.
Masa periksa tengah tahun hari tu.
Subjek Bahasa Arab dengan Sirah dia agak teruk.
Jadi.
Bila ada periksa macam ni.
Mama boleh fokus subjek mana Syasya lemah.

Dan.
Inilah hasilnya.
Bahasa Arab & Sirah meningkat naik.
Tak sia-sia mama suruh Syasya membaca ulang-ulang sampai menangis-nangis.
Mama garang macam atuk ajar mama dulu masa kecik.
Tu sebab mama pandai.
Eh? Terselit citer mama lagi?
Kah kah.

Periksa tengah tahun Syasya dapat no. 6. Skang no.2.
Alhamdulillah.

Ekceli kan.
Mama tak kisah pun Syasya nombor berapa dalam kelas.
Yang mama nak tahu.
Prestasi Syasya dalam satu-satu subjek sekolah tu.
Ada paham?

Maka.
Pada pendapat saya.
Kalau sistem peperiksaan dilaksanakan semula.
Bukanlah tujuan untuk berlumba siapa no.1 atau siapa corot.
Tapi.
Kepentingan untuk mengetahui tahap mana pembelajaran anak kita tu je.

Ok dah.
Segala cerita di atas takde niat nak riak pun.
Anak orang lain lagi la.
Semua subjek anak derang sapu. 
Pelajar cemerlang keseluruhan.

Saja nak share sistem penilaian kat sekolah zaman sekarang.
Yang berbeza daripada sistem kita dulu.

Kepada Syasya.
Tak kira nombor berapa Syasya dapat.
Subjek apa Syasya cemerlang atau tidak.
Syasya tetap akan dapat hadiah.
Ada paham?

K. Tata.

Read more...

Mencolok Mata atau Menjolok Mata?

>> 11 November, 2013


Memula aku baca tajuk berita ni tadi kat pesbuk.
Aku dah mula la nak cari salah.
Al-maklum ler.
Keje dedolu memang keje QC QA keje orang. 
Atau.
Dengan kata lain.
Mencari salah orang.
Kih kih. 

Bukan ke perkataan sebenarnya MENJOLOK MATA?
Kenapa pakai MENCOLOK MATA?

Dah mula la nak komen ni.
Tapi.
Aku memang sebelum menaip komen.
Suka baca komen orang lain dulu.

Nasib.
Sekali tu.
Terbaca komen ni.

Perbezaan menjolok mata dengan mencolok mata (KAMUS DEWAN EDISI KE 4)
Ungkapan yang betul ialah mencolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata. Tiada istilah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menjolok bermaksud 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll).
Ohhhh.
Ye keeeee?
Baru tauuuu.

Jadi.
Lepas ni kalau bercakap pasal berpakaian seksi.
Sila guna perkataan MENCOLOK MATA ye.

Hmm...
Lagi satu aku belajar.
Kalau korek hidung.
Boleh la guna perkataan MENJOLOK HIDUNG ek?
Kah kah kah.

Read more...

The Beetlejuice Collections: Inspired by Beetlejuice Movie

>> 03 November, 2013

Kekadang kan.
Memang syok bila pandai jahit.
Walaupun aku ni takde la hebat sangat menjahit.
Masih lagi banyak yang tak tahu daripada tahu.

Tapi.
Dalam kepala otak ni, macam-macam idea ada.
Bila tengok je corak kain.
Terus memerah idea nak buat baju apa la nanti.
Atau.
Dengan ertikata lain.
Syok sendiri lettewww.
Lalalala.

Masa tengok kain jalur-jalur black & white tu.
Memang teringat terus kat satu cerita masa kecik dulu.
Beetlejuice.

Ceritanya pasal hantu.
Tapi.
Dah tak ingat la jalan cerita dia macam mana.
Sila la gugel sendiri kalau nak tahu pasal citer tu.

Poster Beetlejuice.

Yang kanan tu costume Beetlejuice.
Tapi. Berkenan pulak baju Christina Ricci tu.
Citer apa tu ek? 

........................

Jadi.
Terus la nak buat baju inspired by Beetlejuice.
Suka la buat baju yang jenis inspired inspired ni.
Dulu pernah buat baju inspired by Moulin Rouge.

Dalam pala otak dah terfikir nak buat skirt kembang jejalur.
Aku memang fanatik corak jejalur.
Tak boleh tengok.
Mesti nak rembat.
Baju sendiri pun melambak-lambak corak jejalur.
Macam-macam kaler adoo.

Chantek tak? 
Sebenarnya diri sendiri yang berangan nak skirt macam ni.
Kah kah.

Part ni paling aku suka la. 
Tuck in top tu. 
Fashionista sangat.

Yang ni extended version kununs. Tambah lak poket dummy kat baju.
Bukan poket betul tau. 
Saja kasi impak macam chomelll jerrr. 
Kih kih. 

.........................

Lagi satu masalah.
Aku cepat sangat jemu.
Tak boleh nak jahit baju pattern sama.
Tak boleh nak jahit baju warna sama.
Banyak-banyak kali.
Straightttt tak berhenti.
Kena stop buat lain dulu.
Kalau tak nanti manjang je ada tak kena kalau jahit.

Jadi.
Aku pun buat la baju bawah ni.
Pattern ni kan.
Memang dah lama aku berangan nak carik untuk diri sendiri.
Tapi.
Tak jumpa la pulak.
Oleh kerana stress tak jumpa baju diri sendiri.
Maka.
Aku buatlah baju bebudak.
Bley gitu? 

 Ini bebetul diinspirasikan daripada Beetlejuice.
Cuma tambah sikit elemen merah, kasi naik seri.

Lawa lak kan?
*Motip puji baju sendiri jahit?
Tambah la button pearl dua biji.
Takde la nampak kosong sangat.


Ha. Tang skirt ni.
Memang saja buat cani, supaya bila baju pakai kat luar.
Boleh la belt tu ditanggalkan.
Takde la kembung kat pinggang.

..................

Eh.
Tetiba update cerita pasal baju sendiri jahit pulak kan.
Mesti yang baca bosan.
(Ada ke yang baca?)

Lepas ni rasa nak buat lagi la baju inspired by sesape.
Teringin rasa nak buat baju inspired by Disney Princess.
Warna je lah.
Bukan style baju dress gitu.
Tengok lah cane.
Kot ada mood.

Cik Penyanyi pun tengah merajuk ni.
Tak best dia takde.
BangBro tu lembab.
Susah sikit nak merekacipta.

Ok. Dah la.
Lenkali la pulak cerita.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP