Homemade Mushroom Soup Recipe

>> 15 November, 2013

Dulu kan.
Tahun 2003-2007.
Masa keje kat Serdang.
Aku sukeee sangat pegi Mines.
Makan kat Dave Deli.
Kat situ ada mushroom soup yang sangat sedap.
Sukeee sangat.

Sekali tu.
Entah apa pasal.
Dave Deli cawangan Mines tu tutup.
Carik kat Sunway Piramid pun tutup.

Ala.
Tak dapat nak makan lagi mushroom soup Dave Deli yang sedap ittew.

Oleh kerana kerinduan yang amat sangat pada mushroom soup Dave Deli.
Maka.
Akak pun try la buat sendiri.
Amik resepi kat internet.
Modified sikit berdasarkan memori rasa mushroom soup Dave Deli dulu tu.

Dan.
Memang sama rasanya!
(Perasan..)

Ok.
Nah resepi.
Kalau korang buat nanti jadi tak sama.
Aku taktau.
Sama ada korang tak pandai buat.
Atau.
Aku yang syok sendiri sebenarnya.
Lalalala.

Gambar Hiasan. 
Tak jumpa gambar mushroom soup Dave Deli yang dulu. 
Macam ni la lebih kurang. Tekstur kasar.

..........................

Bahan-bahannya:8 auns cendawan fresh --> aku guna fresh shitake. boleh beli kat tesco. pastu takde sukat-sukat. bedal je berapa banyak pun.
2 sudu makan bawang --> cincang halus
1 -2 ulas bawang putih --> cincang biasa je
2 sudu makan butter
2 -3 sudu makan tepung gandum (separated)
2 cawan stok ayam
1/2 kiub ayam
1 cawan cream or susu cair --> pakai susu cair la senang nak dapat.
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/4 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
2-3 helai bay leaves

Cara-cara memasak:
1. Cara nak potong cendawan ikutlah citarasa memasing. Nak cincang boleh, nak potong slice boleh. Tapi aku blender sebab nak kasi feeling macam Dave Deli punya mushroom soup. Lepas tu slice jugak. So. Dua jenis style potong cendawan.
2. Cairkan butter dalam pan. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cendawan. Masak sampai bawang jadi lembut.
3. Tepung bancuh dulu dengan air sikit. Lepas tu baru masuk dalam bahan yang ditumis tadi.
4. Masukkan stok ayam dan kiub ayam. Kacau sehingga pekat.
5. Masukkan krim/susu cair, garam, serbuk lada putih, nutmeg dan bay leaves. Kacau lagi sehingga menjadi semakin pekat.
Siap!

Yang ini gambar versi aku buat.  Mangkuk pun tak feeling macam kedai.
Nanti la aku beli mangkuk soup macam kedai.
Aku snap gambar lagi sekali.


Dulu masa pegi Penang.
Ada nampak Dave Deli kat Queensbay.
Nak try makan.
Tapi tak sempat.

Ah. 
Tak payah dah.
Buat je sendiri.
Lagi puas hati.
Seperiuk dapat.

Selamat mencuba.
K. Tata.

1 komentar:

Suhana Tupperware 11:28 AM  

beb, kalau nak gi dave's deli, kat subang parade masih ada lagi. lasagna dia masih macam dulu.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP