Syasya Tamat Darjah 1

>> 14 November, 2013

Yeay!
Berakhir dah persekolahan Syasya untuk Tahun 1 2013.
Maka.
Berehatlah sekejap daripada kerja-kerja menyental baju sekolah.
Eh?

Lepas tu kan.
Dah nama pun mak kan.
Macam berharap jugak la kalau Syasya ni jadi pelajar cemerlang sekolah ke.
Jadi pelajar pertama dalam kelas ke.
Macam mama dedolu.
Setiap tahun naik pentas amik hadiah. 
Setiap tahun muka mama ada.
Eh. Cerita pasal mama pulak.

Bila tanya Syasya.
Syasya takde ke dapat hadiah apa-apa.
Syasya kata takde.

Alahai.
Takpe lah Syasya.
Syasya pandai ke.
Syasya tak pandai ke.
Mama pasrah aje.

Esok kalau dah besar.
Syasya macam tak berapa pandai.
Mama suruh Syasya buat bisnes aje.
Boleh gitu?
Wekekeke.

Sekali tu kan.
Masa balik sekolah.
Syasya cakap, "Mama, Syasya dapat hadiah!"
Mama pun dengan terkejut, "Haaa.. Dapat ke? Syasya dapat hadiah untuk apa?"
Syasya pun bagi lah surat di bawah ni ha...

Wah. Pelajar terbaik matapelajaran Bahasa Arab.
Alhamdulillah.

Oh. Rasanya dah tau kenapa Syasya jadi pelajar terbaik Bahasa Arab.

Sistem sekolah kebangsaan sekarang pakai Band.
Korang paham ke apa Band 1,2,3,4,5,6 tu?
Esok anak ko dah sekolah ko tau la. 
Skang takde dah markah-markah.
Main band-band aje.
Anak ko takde peksa dah.
Huhu.


Tapi.
Dekat sekolah agama masih guna sistem peperiksaan.
Which is Mama sangat suka.
Sebab senang mama nak pantau.

Macam Syasya.
Masa periksa tengah tahun hari tu.
Subjek Bahasa Arab dengan Sirah dia agak teruk.
Jadi.
Bila ada periksa macam ni.
Mama boleh fokus subjek mana Syasya lemah.

Dan.
Inilah hasilnya.
Bahasa Arab & Sirah meningkat naik.
Tak sia-sia mama suruh Syasya membaca ulang-ulang sampai menangis-nangis.
Mama garang macam atuk ajar mama dulu masa kecik.
Tu sebab mama pandai.
Eh? Terselit citer mama lagi?
Kah kah.

Periksa tengah tahun Syasya dapat no. 6. Skang no.2.
Alhamdulillah.

Ekceli kan.
Mama tak kisah pun Syasya nombor berapa dalam kelas.
Yang mama nak tahu.
Prestasi Syasya dalam satu-satu subjek sekolah tu.
Ada paham?

Maka.
Pada pendapat saya.
Kalau sistem peperiksaan dilaksanakan semula.
Bukanlah tujuan untuk berlumba siapa no.1 atau siapa corot.
Tapi.
Kepentingan untuk mengetahui tahap mana pembelajaran anak kita tu je.

Ok dah.
Segala cerita di atas takde niat nak riak pun.
Anak orang lain lagi la.
Semua subjek anak derang sapu. 
Pelajar cemerlang keseluruhan.

Saja nak share sistem penilaian kat sekolah zaman sekarang.
Yang berbeza daripada sistem kita dulu.

Kepada Syasya.
Tak kira nombor berapa Syasya dapat.
Subjek apa Syasya cemerlang atau tidak.
Syasya tetap akan dapat hadiah.
Ada paham?

K. Tata.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP