Baby Bump

>> 02 March, 2014

Sejak kebelakangan ni kan.
Banyak betul aku nampak perkataan 'baby bump'.

Err..
Sebenarnya aku anti orang yang tayang baby bump.
(Yang tayang dengan cara gedik la k. Yang tak sengaja tertayang atau tayang biasa tu takpe.)
Lalalala.

Contohnya.
Headline kat sokabar gosip retis:
"Retis A yang peknen 5 bulan kelihatan comel dengan baby bump."

Contoh lain.
Ayat pengkomen kat instagram blogger terkenal yang baru peknen dan menyelfie.
"Eiii comeinye baby bump B!"

Nape dulu.
9 tahun lepas masa aku peknenkan Syasya.
Takde pernah ku dengar perkataan 'baby bump' tu terhadap aku?
Takde pun orang cakap dengan aku.
"Eii jal, nape baby bump ko tak nampak lagi?"
Ke sebab aku bukan retis?
Hahahaha.

Entah la kan.
Aku rasa kat Mesia ni terlampau terikut-ikut dengan retis Hollywood.
Nak nak lagi retis Mesia la kan.
Yang reporter pun kekadang gedik jugak.
Nak  ikut omputih sangat.
Kat negara omputih tu memang la kan.
Derang takde keje lain.
Jadi. Kena la carik keje.

Yang kat Mesia ni...
Hmmm.
Toksah ler.
Apa comel sangat ke orang tengok perut ko yang pusat tersembul tu?

Nak nak lagi yang pakai tudung.
Kekadang saja pakai baju ketat biar nampak perut.
Adoi.
Pengsan aku lalu tepi dia.
Rasa nak tolong selimutkan badan dia.
Wakakaka.

Kekadang tu.
Ada pulak yang saja tarik baju biar ketat.
Nak tunjuk baby bump punya pasal.
Apakah?

Ini cerita pasal orang kat Mesia k.
Kat luar negara, omputih.
Lantak derang ler.

Eh.
Sure nanti orang yang suka tayang baby bump marah aku kan?
Hihihihi.

Kate Middleton with baby bump.
Yang taktau baby bump tu ape.
Baby bump tu perut orang peknen ler.

KBai!
Jangan marah aaaa... :P

Read more...

Resepi Ayam Panggang Nandos

>> 01 March, 2014


Panggang apa tewwww???

Ha. 
Hari ni Chef Jelly nak bagi resepi Ayam Panggang style Nando's.
Dah lama betul tak pekena ayam kat Nando's.
Tapi.
Chef Jelly bz sangat.
Takde masa nak pegi makan bersantai-santai.
Ye ke?

Hahaha.
Takpelah.
Apapun alasan.
Sebenarnya tetibe je nak buat ayam style Nando's.

Maka. 
Chef Jelly pun tanya la pakcik gugel resepi.
(Aik. Chef pun cari resepi kat internet?)

Jadi.
Chef Jelly jumpa resepi ni.
Chef kopipes aje lah ye.
Korang try buat sendiri.

BAHAN2:-
4 sudu makan minyak zaitun
4-10 biji cili padi merah (depends pada tahap kepedasan yg u'ols nak)
1 1/2 sudu mkn bawang putih kisar
1 biji perahan lemon
1 sudu makan paprika
sehelai daun bay kering(ada jual kat pasaraya yg kering)
1 sudu teh oregano
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 ekor ayam
CARA2:-
1.Campurkan kesemua bahan2 kecuali ayam.Kisar sehingga halus
2.Kelar2kn ayam dengan pisau
3.Tuangkan 1/3 sos keatas ayam dan gaul sebati.Perapkan ayam sekurang2nya sejam hingga semalaman.
4.Panggang kan atau bakar didalam oven.
5.Untuk memanggang didalam oven,panaskan oven terlebih dahulu pd suhu 170'c.
6.Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil,kemudian susunkan ayam yg dah diperap.Bakar selama 15minit,terbalikkan dan sapukan lebihan sos.Bakar lagi selama 10 minit atau sehingga ayam masak.
7.Hidangkan dengan peri2 sos tadi.
Dipetik daripada blog: http://lifeofladyell.blogspot.com/2013/04/peri-peri-chicken-ala-nandosresepi.html
Mekasih sudi share resepi awak ni. ;)


Tapi.
Masa Chef Jelly buat resepi ini.
Chef Jelly takde cili api merah tu.
Lagipun.
Nak bagi bebudak pompuan kat umah ni makan.
Kang pedas pulak.
(Ada je alasan ko kan?)

Maka.
Chef Jelly terpaksa ubah sikit resepi tu.
Daripada mengisar bahan-bahan.
Kepada cincang, hancurkan aje bahan yang ada.
Pastu gaul.
Kira marinate macam biasa aje la.
Cuma.
Chef Jelly tambahkan sikit sos Extra Hot Peri-Peri Nando's.
Yang boleh dibeli di memana pasaraya besar.

Ha.
Sebenarnya resepi cik lady ell tu ialah resepi sos Nando's lah.
Jadi.
Sebenarnya.
Kalau korang banyak duit.
Korang beli je sos Nando's sebotol, dua botol, tiga botol.
Pastu ko tuang je dalam ayam ko tu.
Marinate. Bakar.
Confirm perfect macam Nando's punye ayam.
Kih kih.

Dah siap bakar dalam oven.
Kalau panggang atas api/grill lagi bagus.
Bakar dalam oven ni air ayam keluar, lambat nak garing.
Wah. Cantik bakul french fries Chef Jelly kan?
Kalah bakul Nando's.
Kah kah.

...............................

Makan la dengan coleslaw, salad dan fries.
Ok la. Macam makan kat Nando's la jugak.
Hihihi.

Selamat mencuba! ;)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP