Resepi Red Velvet Cookies

>> 09 June, 2014

Saya sukaaa sangat kek Red Velvet (RV).
Memang gila RV gegile punya giler lah.
Ha punya la giler suka kan?
Hahaha.

Raya tahun lepas kan.
Ada la beli sebalang RV Cookies kat Petronas.
Ya ampunnnn.
Sedap giler cookies kak Ita Mahat niii.
Beli sebalang, satu hari je habis sebalang dah.
Tak sempat aku nak hidang kat tetamu datang beraya.
(Eh ada ke orang datang umah aku beraya? Kah kah)

Credit gambar: Red Velvet Cookies by Gula & Mentega

Credit gambar: Red Velvet Cookies by Gula & Mentega

Tahun ni kalau sesapa nak order boleh order kat Gula & Mentega ni.
Search je kat FB.
Mesti jumpa punyee.

Pastu kan.
Tadi, nampak pulak kak Azlita Aziz Masam Manis share resepi RV Cookies.
Alamak.
Terasa macam nak buat sendiwi ajew.
Mampukah engkau?
Takpe lah.
Aku saja je gedik nak simpan resepi dia.
Kot la satu hari nanti aku gedik nak buat.
Boleh la aku cuba buat nanti.
Kansss.

Ini resepinya.

RED VELVET CHOC CIPS COOKIESOleh : Planta
Rujukan : Koleksi 20 Resepi Planta
Kempen : Seceria Air Tangan Ibu
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips

Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
Bakar selama 20 minit
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Sumber:
http://www.azlitamasammanis.com/2014/06/red-velvet-chocolate-cips-cookies.html

Ni ha gambar RV Cookies daripada resepi di atas. 
Pinjam gambar kak. Nak tunjuk contoh cookies & gambar akak yang cantik ini.

So.
Amacam?
Dah ready nak raya?
Lagi 20 hari je nak puasa ni.
Sekejap je kan?

Read more...

Tenggelam timbul

>> 07 June, 2014

Blog macam hidup segan mati tak mahu.

Kesian...
Kah kah.

Sebenarnya banyak idea nak memblog.
Tapi.
Kan skang dah ada smartphone.
Semua orang pun skang ni melekat dengan henpon aje.
Akak pun sama ler.
Akak suka upload gambar dan cerita kat instagram.
Cepat dan pantas.

Makanya.
Blog jadi sendu.
Blogger ni kena buat satu tools gak yang boleh install dalam henpon.
Orang nak hapdet entry, buat ala-ala macam kat instagram.
Upload kat henpon, terus update kat blog.

Akak nak cerita pasal kitchen cabinet akak. 
Ingat tak dulu masa memula pindah akak kemain bangga kan dapat kitchen cabinet cantik?

Throwback.
Kitchen Cabinet tahun 2008.
Kemain lawa kan.
Skang ni... Ya ampun. Hancur lebur. Hampehhh!

Ok la.
Nanti sambung lagi. (Bila tahun?)
Tata.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP